top of page

Menteri Kesihatan boleh memudahkan kelulusan, pendaftaran vaksin - Dr Lee Boon Chye


Kelewatan kelulusan penggunaan vaksin Covid 19 yang diletakkan ke atas bahu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sepatutnya boleh diatasi sekiranya Kementerian Kesihatan mahu melakukannya.


Menurut mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, NPRA berfungsi sebagai Sekretariat bagi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) negara untuk menyelaras permohonan pendaftaran semua bentuk ubat dan dadah, termasuk vaksin.


DCA tersebut, katanya, adalah badan eksekutif yang ditubuh di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik (CDCR) 1984, khususnya Peraturan 3(1).


"Tugas utama badan ini adalah untuk memastikan keselamatan, kualiti dan keberkesanan produk farmaseutikal, kesihatan dan penjagaan diri yang dijual di Malaysia.


"Manakala Di bawah CDCR 1984, Peraturan 18 - Rayuan: “Sesiapa yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa (DCA) atau Pengarah Perkhidmatan Farmasi di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh membuat rayuan bertulis kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu diketahui dan sebarang keputusan Menteri ke atas rayuan tersebut adalah muktamad.”


"Dengan itu, peraturan 18 CDCR 1984 jelas menyatakan Menteri Kesihatan mempunyai kata putus dalam hal pendaftaran vaksin. Menteri semestinya boleh memudahkan kelulusan dan pendaftaran vaksin tanpa mengira keputusan NPRA/DCA," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Dr Lee lagi, di bawah Peraturan 3(2), badan tersebut dianggotai oleh Ketua Pengarah Kesihatan; Pengarah Perkhidmatan Farmasi; Pengarah Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan lapan lagi ahli yang dilantik Menteri.


Oleh itu, katanya, Menteri Kesihatan mempunyai kuasa yang amat besar untuk memilih keanggotaan DCA dan boleh memudahkan kelulusan dalam keadaan darurat, sebagaimana situasi dialami Malaysia hari ini.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page