top of page

Menteri KDN hargai pengorbanan anggota Maritim lindungi negara



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kerjaya dan tugas sebagai penguatkuasa Maritim Malaysia sangat penting kerana melindungi perairan dan kedaulatan negara.


Oleh itu jelasnya, seluruh rakyat Malaysia tegasnya meletakkan harapan besar kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk mengawal perairan negara yang berkeluasan 556,285 kilometer persegi daripada segala ancaman jenayah laut.


"Justeru seluruh pegawai dan anggota Maritim Malaysia perlu sentiasa siap siaga memberikan khidmat dan bakti kepada negara kerana tugas dan tanggungjawab ini akan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT," katanya dipetik.


Saifuddin sebelumnya hadir ke majlis bacaan yasin dan doa selamat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke- 19 (HUT19) Maritim Malaysia di Masjid Mustaghfirin, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Kuantan malam tadi.


Majlis itu dihadiri lebih 500 jemaah yang terdiri daripada pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah hadir pada majlis bacaan yasin dan doa selamat malam ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Datuk Saiful Lizan Ibrahim serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Norzam Mustapa


Terdahulu majlis tersebut telah dimulakan dengan sesi Ceramah Agama oleh Dr. Ahmad Irfan Ikmal Hisham, dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan ceramah bertajuk “Israk Mikraj Suatu Perjalanan Agung Rasulullah SAW Suatu ketahanan Jiwa dan Spritual Rasulullah SAW sebagai mentor perjuangan Maritim Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page