top of page

Menteri jelas isu semasa dikata ceramah politik di masjid



Kempen pilihanraya bukan lesen untuk mentohmah membuta tuli apa sahaja perkara berkaitan musuh politik.


Penyokong Perikatan Nasional seharusnya memastikan kesahihan sesuatu perkara yang mahu dikomen, bukan dengan mudah menuduh Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil kononnya berkempen di sebuah masjid sebaik sahaja melihat gambar Menteri itu memegang mikrofon.


Menurut Fahmi, tohmahan kononnya beliau menyalahgunakan ruang masjid amatlah tidak bertanggungjawab kerana situasinya beliau diminta oleh pihak Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan memberikan sedikit penjelasan isu semasa berkenaan konsert kumpulan 1975 yang kontroversi baru baru ini, selepas menunaikan solat.


"Saya singgah untuk solat Zohor sahaja di masjid itu, sebab ianya masjid paling dekat dengan lokasi program seterusnya.


"Alang-alang di situ, saya dijemput oleh kariah masjid untuk ulas sedikit isu Kumpulan 1975.


"Tiada langsung sentuh isu lain.


"Jemaah dalam masjid boleh jadi saksi kejadian untuk sahkan," katanya di Facebook.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mengucapkan terima kasih kepada Syafiq Naqman yang merupakan salah seorang saksi kejadian tersebut dan memuatnaik video beliau memberi penjelasan.


"Namun malangnya, admin page tersebut telah padam video yang dimaksudkan dengan niat untuk teruskan persepsi jahat dan fitnah terhadap saya.


"Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita dari fitnah dan para pemfitnah ini," katanya.


Difahamkan Fahmi solat di sebuah masjid di DUN Kuang ketika berkempen di kawasan berhampiran dan gambarnya dijadikan bahan fitnah oleh penyokong pembangkang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page