top of page

Menteri Agama saran tatacara kehakiman mahkamah syariah diselaraskan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 9, 2024
  • 1 min read


Sudah tiba masanya untuk tatacara kehakiman dan perundangan mahkamah syariah di seluruh negara ini diselaraskan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar bagaimanapun berkata, tatacara yang akan dipinda disarankan lebih bersifat mesra pengguna dan berbentuk kekeluargaan terutamanya dalam mengendalikan kes-kes di mahkamah.


"Saya meminta supaya Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebagai agensi menyelaras tatacara mahkamah syariah untuk meneliti tatacara berkenaan supaya ianya lebih mesra dan lebih berbentuk kekeluargaan," katanya dipetik selepas melancarkan Produk Wakaf Takaful Ajwad di Putrajaya pada Khamis.


Na'im yang juga mantan Ketua Hakim Syarie sementara itu berkata, beliau menyedari keadaan di mahkamah syariah yang kurang mesra terhadap pengguna ketika berkhidmat di JKSM.


"Macam sekarang kalau bila masuk mahkamah, orang takut dengan hakim dan sebagainya," katanya.


Sementara itu, beliau turut menjelaskan tatacara kehakiman dan perundangan mahkamah syariah adalah berbeza dengan Akta Mahkamah Syariah 1965 atau dikenali Akta 355 yang sebelum ini dicadangkan untuk meningkatkan bidang kuasa dalam jenayah mahkamah syariah.


"Pindaan tatacara secara menyeluruh lebih penting sebab nak naikkan martabat mahkamah syariah, bukan sahaja dalam konteks bidang kuasa tetapi agar mahkamah syariah lebih dihormati," katanya.


Pada Rabu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang dipetik laporan media berkata, prosedur dan tatakelola yang tidak seragam di beberapa negeri agak meletihkan dan memenatkan pengamal undang-undang mahkamah syariah dan wajar diselaraskan semula.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page