top of page

Mentega Terbang: Fahmi bidas pihak cuba buat provokasi



Tindakan sesetengah pihak yang cuba membangkitkan provokasi mengenai filem Mentega Terbang ketika ini menimbulkan kecurigaan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.


Menurut Fahmi, pihak terbabit tidak seharusnya bersikap hipokrit sedangkan filem itu mula dikongsi di media sosial sejak April 2021, ketika negara berada di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikuasai Bersatu dan Pas.


"Menariknya, kalau kita teliti di media sosial, filem ini mula berlegar pada tahun 2021, siapa mentadbir (negara) waktu itu? Kenapa tiada apa-apa tindakan pada waktu itu?


"Mana pasukan mereka yang buat laporan sekarang ini? Waktu itu mereka di mana? Kenapa tak teliti (filem itu)?


"Cuma kita tidak boleh hipokrit dalam hal ini. Ini bukan filem baharu tapi sekarang ini cuba diapi-apikan dan cuba diambil kesempatan sesetengah pihak," kata Ketua Penerangan KEADILAN itu.


Sebelum ini, tular sedutan babak tertentu dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.


Sedutan babak itu tular di media sosial dan mengundang marah warga maya yang mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum.


Sementara itu beliau menegaskan bahawa pihak kementerian menyerahkan isu filem kontroversi itu kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).


FINAS kini sedang meneliti dan menyiasat aspek perlanggaran peraturan yang dilakukan produksi berkenaan.


"Sekiranya ada tindakan yang perlu diambil, maka saya percaya pihak berkuasa akan ambil tindakan," katanya sambil mengingatkan kepada semua penerbit dan produksi filem supaya mengikut garis panduan pembuatan filem yang telah ditetapkan FINAS dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page