Menjelang Pilihan Raya Negeri: KEADILAN Sarawak ketengah muka baharu


Roland Engan

KEADILAN Sarawak di Parlimen Baram bakal mengetengahkan muka-muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 tidak lama lagi.


Pengerusi KEADILAN Baram, Roland Engan berkata, dua calon baharu akan bertanding untuk kerusi DUN di bawah Parlimen Baram.


Parlimen Baram mempunyai tiga kerusi DUN iaitu Marudi, Telang Usan dan Mulu.


“Elias Lipi akan bertanding di Marudi, Philip Jau akan bertanding di Telang Usan, manakala Mulu mungkin saya atau ketua penerangan KEADILAN Baram, Boyce Ngau," katanya seperti dilaporkan oleh Borneo Post.


Ketiga-tiga calon tersebut iaitu Elias, Philip dan Boyce merupakan muka baharu dan belum pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya.


Keputusan itu dibuat selepas KEADILAN tewas di ketiga-tiga kerusi DUN tersebut.


Dalam Pilihan Raya Negeri 2016, calon KEADILAN, Elia Bit tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Penguang Manggil, manakala Roland Engan tewas kepada calon BN, Dennis Ngau walaupun dengan majoriti tipis sebanyak 167 undi.


Di DUN Mulu, bekas timbalan pengerusi KEADILAN Baram, Pauls Baya tewas kepada calon BN, Gerawat Gala.


Ketiga-tiga ADUN BN itu kini merupakan ADUN Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Dalam pada itu, tindakan beberapa pemimpin dan ahli KEADILAN keluar dari parti tidak sedikit menggusarkan Roland.


"KEADILAN Baram masih kukuh dan kuat seperti sebelum ini. Mereka yang keluar parti ada memberi sedikit kesan, tetapi kebanyakan ahli parti membuat keputusan untuk terus menyokong KEADILAN.


"Kali ini kita akan bertanding di ketiga-tiga DUN dan dijangka berlaku pertandingan beberapa penjuru," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio