top of page

Mengapa Pekerja Kontrak MySTEP diberhentikan tanpa sebab?


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menjawab dakwaan kakitangan kontrak di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ditamatkan kontrak dan diberhentikan tanpa sebarang bantuan susulan selepas dua bulan setengah bekerja.


Menurut Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Wanita KEADILAN,

Genapathy, tindakan pemberhentian tersebut tidak sesuai dengan ikrar kerajaan PN untuk membuka 50,000 peluang pekerjaan jangka pendek sebagaimana dinyatakan dalam Belanjawan 2021 lalu, dengan peruntukkan RM700 juta dalam inisiatif MySTEP.


Katanya melalui inisiatif itu, sebanyak 35,000 peluang pekerjaan dijangka disediakan di sektor awam, manakala 15,000 lagi disediakan di GLC atau rakan strategik mereka.


"Kami mempersoalkan tindakan kerajaan memberhentikan kakitangan kontrak ini di tengah pandemik yang semakin teruk walhal kerajaan berbangga dengan penciptaan pekerjaan.


"Namun sebaliknya terjadi apabila mereka diberhentikan tanpa sebarang penjelasan. Dalam keadaan masyarakat memerlukan perhatian kerajaan untuk kelangsungan hidup seharian, penyakit sosial yang semakin teruk, adalah menghirankan bagaimana staf kontrak JKM boleh diberhentikan.


"Ternyata tiada koordinasi yang baik dengan skop tugasan yang jelas oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Kebajikan Masyrakat di bawah Datuk Seri Rina Harun.


"JKM sepatutnya menjadi ‘frontliner’ dalam mendepani wabak pandemik dan sosial, maka sudah tentulah pekerja kontrak sangat diperlukan di saat ini di pelbagai peringkat perkhidmatan, namun sebaliknya yang terjadi," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Sivamalar lagi, pemberhentian kerja itu juga mengundang pelbagai persoalan lain, iaitu mengapakah mereka didakwa diberhentikan dengan alasan peruntukan tidak mencukupi, walhal dilaporkan inisiatif MySTEP baharu memenuhi ruang kurang 50 peratus.


"Jika masyarakat tidak boleh bergantung kepada jabatan yang seharusnya mengambil berat tentang kebajikan dan kesejahteraan mereka, kepada siapakah mereka akan mengadu nasib?


"Oleh itu, saya menggesa Datuk Seri Rina Harun untuk menjawab persoalan ini dan menyelesaikan isu ini dengan kadar segera.


"Persoalan seterusnya adakah perkara ini berlaku kepada pekerja kontrak MySTEP di JKM sahaja atau di jabatan-jabatan lain juga? Menteri Kewangan, Tengku Zafrul perlu menjelaskan adakah benar peruntukan MySTEP tidak mencukupi untuk menggaji pekerja seperti yang diperuntukkan oleh Belanjawan 2021," katanya .


Bagi Sivamalar lagi, tindakan yang bercelaru dan hilangnya peluang pekerjaan hanya mengesahkan kajian The Economist baru-baru ini yang mengeluarkan indeks menunjukkan Malaysia akan menjadi negara terakhir kembali ke kehidupan normal dibandingkan dengan 50 negara yang lain.


Ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat yang diumumkan kerajaan, keadaan tidak semakin baik kepada rakyat, terutamanya kepada mereka yang kehilangan punca pendapatan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page