top of page

Mengapa pegawai KKM dibebankan tugas rayuan kompaun ingkar SOP Covid?



Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah letih dan lelah sejak setahun lalu memerangi pandemik Covid 19.


Oleh itu, tidak wajar mereka dibebankan lagi untuk menangani rayuan kompaun RM10,000 yang dikuatkuasakan sejak 11 Mac lalu.


Bagi Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, peraturan baharu yang dibuat oleh kerajaan Perikatan Nasional jelas tidak mengambil kira beban tugas para pegawai dan pegawai tinggi di KKM selama ini.


Katanya, tidak wajar mereka yang telah sedia terbeban dan mengorbankan waktu bernilai bersama keluarga ditambah lagi tugas yang tidak sepatutnya mereka galas.


"Kerajaan memang tidak bertimbang rasa, bagaimana mereka boleh terfikir membebankan pegawai KKM dengan tugas rayuan denda ini?


"Anggota KKM berhempas pulas untuk bantu rakyat kurangkan denda, sedangkan mereka sudah penat menangani kes Covid ini sejak setahun yang lalu," katanya.


Pada 17 Mac 2021, kerajaan mengumumkan rayuan kompaun boleh dilakukan dengan mengisi borang rayuan di laman web KKM.


Manakala Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Kesihatan Awam), Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Kesihatan Epidomologi daerah diberi kuasa untuk mengurangkan amaun kompaun melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan pandemik Covid 19.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page