top of page

Mengapa kerajaan PN begitu bacul takutkan Kongres KEADILAN?


Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menangguhkan Kongres Nasional KEADILAN semalam terus mendapat bantahan.


Terbaharu, Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kota Melaka, Ashiq Samad, mempertikaikan arahan penangguhan itu sedangkan penganjurannya tidak melanggar sebarang Prosedur Operasi Piawai (SOP) dan telah dirancang sejak lama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dikuatkuasakan, malah telah mendapat keizinan MKN.


Ashiq bertanya, adakah ketakutan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap kejayaan Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) sebelumnya sebagai salah satu sebab mereka mengarahkan Kongres Nasional ditangguhkan?


"Adakah pemerintah tersentap dengan sambutan dan kejayaan Kongres Wanita KEADILAN yang diadakan pada 4 Jun malah Kongres Tahunan AMK juga berjaya diadakan pada 5 Jun?


"Apakah ini politik bacul dan penakut yang terus diamalkan oleh pemerintah kita sekarang? Inikah model pemerintahan yang rakyat dambakan tatkala kita bertarung dengan gelombang pendemik?


"Atau adakah pemerintah berasa kurang selesa dengan kejayaan KEADILAN mengadakan Kongres Nasional secara maya, sedangkan kerajaan masih berkira-kira dan membuat kajian untuk membuat sidang Parlimen maya? Bukankah pada 5 Jun 2021 Menteri Ekonomi sendiri telah menyertai sidang APEC MRT KE 27 secara maya tanpa gangguan dan halangan?


"Apakah ketakutan yang menyelubungi kerajaan tanpa mandat ini? Apa yang boleh saya simpulkan adalah sang penguasa diktator bacul ini sedang menjarah negara," katanya.


Menurut Ashiq, tindakan bacul kerajaan PN tersebut tidak akan memperbaiki keadaan politik dan ekonomi negara tatkala negara sedang dibadai gelombang ke-3 pendemik Covid 19 dan menggesa kerajaan PN bertindak lebih rasional dalam pemerintahan mereka.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page