Mengapa anggota PAC, kakitangan dibenar masuk, Ahli Parlimen tidak?


Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dan Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran pagi tadi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur berikutan sekatan polis menghalang Ahli-ahli Parlimen daripada masuk ke bangunan Parlimen.


Menurut Akmal, alasan penutupan Parlimen kerana jangkitan Covid 19 tidak relevan kerana kakitangan Parlimen yang lain dibenarkan berkerja seperti biasa, malah Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersama Ketua Pengarah Kesihatan bermesyuarat di bangunan itu, hari ini.


"Setiap kali Parlimen dibuka untuk penggal yang baharu, adat atau pun petua daripada Speaker Dewan akan menyebut bahawa beliau mengarahkan anggota polis untuk memudahkan, memberi laluan dan tidak menghalang Ahli Parlimen dari memasuki kawasan Parlimen.


"Untuk maklumat setiap Ahli Parlimen ada pejabat (di sana) dan kami boleh masuk ke bangunan Parlimen untuk menjalankan tugas.


"Malah sepatutnya persidangan Parlimen bukan hanya dalam Dewan Rakyat kerana ada Jawatankuasa Khas yang boleh bersidang atau bermesyuarat seperti PAC, sama ada Parlimen itu dalam persidangan atau tidak


"Hari ini jelas berlaku langkah yang tidak munasabah apabila PAC dibenarkan bersidang. Yang mana membenarkan orang lain selain Ahli Parlimen masuk, staf Parlimen juga dibenarkan masuk tetapi Ahli Parlimen tidak diberikan hak untuk masuk," kata Akmal dalam sidang media seusai membuat laporan polis.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia itu lagi, dalam laporan polis yang dibuatnya, beliau menekankan agar dikenalpasti pihak mana yang memberi arahan untuk menyekat Ahli-ahli Parlimen dengan cara melanggar undang-undang tersebut.


Tegasnya, sekatan seperti itu didapati melanggar beberapa akta di bawah Kanun Kesiksaan kerana menghalang Ahli Parlimen daripada menjalankan tugas.


"Saya dan YB Praba percaya individu berkenaan yang memberi arahan memaksa atau menghalang Ahli Parlimen daripada hadir ke Parlimen telah melakukan kesalahan


"Seksyen 124 Kanun Keseksaan. Menyerang, menghalang atau mempertakutkan dengan kekerasan terhadap Ahli Parlimen bagi menjalankan kuasa-kuasa mereka yang sah di sisi undang-undang


"Seksyen 124B Kanun Keseksaan. Melakukan aktivivi yang memudaratkan sistem demokrasi berparlimen


"Seksyen 124C Kanun keseksaan. Berniat untuk menjalankan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen


"Manakala Seksyen 9 (e) Akta 347, iaitu Akta Parlimen, Keistimewaan dan Kuasa 1952 menyebut menyekat dan menghalang Ahli Parlimen daripada menghadiri Parlimen


"Oleh yang demikian kami membuat laporan ini agar satu siasatan dapat dijalankan ke atas individu terbabit," katanya.


Akmal juga memulangkan tanggungjawab kepada siapa yang memberi arahan menyekat Ahli Parlimen pada pagi tadi bertanggungjawab penuh andai berlaku jangkitan Covid 19 dan sebagainya akibat himpunan di Dataran Merdeka atau perarakan ke Jalan Parlimen yang tidak sepatutnya berlaku.


Manakala Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran yang juga Ketua AMK Wilayah Persekutuan berkata, kerajaan Perikatan Nasional mengeluarkan Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang mengelirukan apabila meletakkan Parlimen di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit sedangkan lebih 80% Ahli Parlimen telah divaksin.


"Apa SOP dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan sangat mengelirukan.


"Di mana satu-satu kawasan apabila telah dapat imuniti berkelompok maka ia boleh berfungsi. Parlimen sudah dapat imuniti kelompok. Semua Ahli Parlimen telah divaksin. Apa alasan? Kenapa ada alasan Covid untuk menghalang kita bertugas?


"Jelas, antara orang yang sepatutnya mempertahankan demokrasi hari ini telah gagal mempertahankan demokrasi," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER