top of page

Menang PRK Pelangai: Kesinabungan kecemerlangan Kerajaan Perpaduan

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Oct 8, 2023
1 min read


Kemenangan calon BN Datuk Amizar Abu Adam dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai semalam menunjukkan keserasian Kerajaan Perpaduan yang semakin diterima rakyat.


Pengerusi Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan itu juga mempamerkan kesinabungan kecemerlangan Perpaduan sejak PRK di Johor bulan lalu.


"Alhamdulillah, tahniah kepada Datuk Amizar Abu Adam yang memenangi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.


"Terima kasih saya ucapkan kepada para pengundi yang terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan.


"Sekalung penghargaan juga kepada barisan jentera yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan ini.


"Kemenangan (PRK) ini menjadi kesinambungan kecemerlangan kita (sejak) di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram hasil kesepaduan kerjasama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan yang berjaya mendobrak naratif fitnah dan perkauman sempit," kata Anwar dalam kenyataan.


MB Pahang DS Wan Rosdy bersama Datuk Amizar di dewan penjumlahan undi malam tadi. Foto Umno Online

Tegas Pengerusi Pakatan Harapan itu, kejayaan semalam juga merupakan satu pengiktirafan rakyat kepada kerajaan yang terus berusaha membawa agenda pembangunan khusunya di kawasan luar bandar.


"Ia juga meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka ekonomi MADANI," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page