top of page

Menang MPP: Fahmi tekad galas amanah sebaik mungkin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Fahmi Fadzil, yang dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti itu bagi sesi 2025-2028 menyatakan tekad untuk menggalas sebaik mungkin kepercayaan diberi.


Menteri Komunikasi itu berkata, agenda reformasi yang menjadi nadi perjuangan KEADILAN sejak mula akan diteruskan demi perjuangan rakyat dan masa depan negara.


"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Dengan izin dan kurnia-Nya, saya telah dipilih oleh para perwakilan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat bagi penggal 2025-2028.


"Amanah besar ini saya terima dengan rendah hati dan penuh tanggungjawab," katanya menerusi hantaran di laman X malam tadi.


Fahmi antara muka baharu yang berjaya dalam saingan bagi jawatan dalam MPP. Pada pemilihan kali ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berada di kedudukan teratas dengan memperoleh 4,811 undi.


Dalam pada itu beliau berkata, selepas selesai pemilihan, banyak perkara bakal direncana terutama untuk menyantuni ahli di peringkat akar umbi.


"Saya jangkakan dalam tempoh beberapa minggu ke depan, rakan-rakan mungkin ambil sedikit masa untuk kembali ke kawasan masing-masing bertemu dengan akar umbi,


"Saya menginsafi bahawa tugas yang berat menanti bukan diri saya seorang sahaja tetapi seluruh pasukan kepimpinan yang baharu untuk mempersiapkan parti dan rakan-rakan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16," tambahnya.


Dalam pada itu, Fahmi turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan terutama yang memilih dan memberi sokongan kepadanya pada pemilihan yang berakhir semalam.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page