top of page

Memperkasa wanita melalui kemahiran pengurusan kewangan - Karen Kasturi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 55 minutes ago
  • 1 min read


Calon Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berhasrat memperkasakan wanita melalui program literasi kewangan khususnya dalam kemahiran pengurusan kewangan bagi meningkatkan keupayaan ekonomi anggota wanita parti.


Itu antara tekad disuarakan J Karen Kasturi sekiranya beliau diberikan sekali lagi mandat memikul jawatan tersebut menjelang pemilihan parti pada 23 Mei ini.


"Saya mahu terus menyantuni dan memperkasa suara wanita, anak muda termasuk golongan rentan (ibu tunggal, kanak-kanak, warga emas dan OKU) sebagai teras kekuatan saya untuk memastikan tiada sesiapa yang tertinggal di belakang.


"Saya juga ingin terus mengangkat dan menyuarakan aspirasi wanita akar umbi ke peringkat kepimpinan Wanita Pusat KEADILAN.


"Visi saya adalah 'Berani Berjuang, Sedia Memimpin Bersama' demi masa depan yang cerah dan sejahtera untuk semua wanita dan keluarga mereka di negara ini," ujarnya.


Selain itu, beliau turut berazam melonjakkan peranan wanita di peringkat cabang sebagai penggerak masyarakat setempat dalam menyampaikan dan melaksanakan program serta inisiatif Kerajaan MADANI bagi manfaat rakyat khususnya kepada golongan sasar terdiri daripada Wanita, B40, OKU dan warga emas.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page