top of page

Memorandum kerjasama kerajaan - pembangkang menyebelahi tuntutan rakyat



Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani petang tadi merupakan satu kemenangan kepada perjuangan rakyat sejak dua dekad lalu.


Senang dengan kerjasama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) itu, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi menukilkan catatan mendoakan agar pelaksanaan isi kandungan dokumen kerjasama tersebut berjalan lancar selepas ini.


"Bersama Ahli-ahli Parlimen dan pimpinan PH hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan di Parlimen.


"Kita akan berusaha sebaik mungkin demi masa depan rakyat dan negara," kata beliau dalam catatan di Facebook.


Secara ringkas MoU tersebut mempunyai 6 perkara yang menyebelahi PH dan telah diperjuangkan sejak 20 tahun lalu seperti reformasi kehakiman, reformasi pentadbiran dan reformasi Parlimen.


Kerjasama tersebut juga mengutamakan usaha secara bi-partisan memerangi Covid 19 sehingga berjaya.


Antara yang dinyatakan dalam MoU berkenaan adalah tempoh kerjasama berkuatkuasa daripada tarikh ditandatangani dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke-14.


Kerajaan PN bersetuju tidak mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022 bagi menyempurnakan keseluruhan isi kandungan kerjasama.


Sebagai balasan kepada pelaksanaan 'tuntutan rakyat' berkenaan, PH bersetuju untuk menyokong atau berkecuali dalam pengundian Belanjawan 2022 dengan syarat butiran-butiran Belanjawan tersebut dirundingi terlebih dahulu bersama PH


PH juga bersetuju untuk menyokong atau berkecuali dalam pengundian yang akan menyebabkan kerajaan PN kalah atau menyebabkan dianggap hilang sokongan majoriti dengan syarat sebarang akta yang mahu diluluskan tersebut dirundingi terlebih dahulu bersama PH.


Bagaimanapun, kritikan bahawa PH akan menjadi pembangkang yang lesu terjawab dengan klausa 9(1) MoU yang mana menetapkan tiada apa perkara yang terkandung di dalam memorandum itu yang akan memberi kesan terhadap peranan, hak dan tanggungjawab Pakatan Harapan untuk menyemak imbang, mengawasi, meneliti, dan memastikan Kerajaan bertanggungjawab terhadap Parlimen, termasuk memastikan ketelusan, intergriti dan keberkesanan kerajaan dalam mengendalikan isu-isu rakyat.


MoU tersebut juga boleh dibatalkan sekiranya pihak kerajaan tidak berusaha untuk memenuhi janji reformasi pentadbiran, Parlimen, pembaharuan politik atau kerjasama melawan Covid 19 yang dijanjikan.


Turut serta dalam majlis menandatangai MoU petang tadi selain empat pemimpin utama PH dan Perdana Menteri Malaysia adalah Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Loke Siew Fook, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Fahmi Fadzil dan lain-lain.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page