top of page

Memorandum PESAWAH akan dibawa ke MAFI, Dewan Rakyat - Johari Abdul

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 17, 2022
  • 1 min read


Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH) pagi tadi menyerahkan memorandum kepada Ahli ahli Parlimen Pembangkang untuk dibawa ke Dewan Rakyat.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, isi kandungan memorandum berkenaan akan dikaji dan dibawa ke pengetahuan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi memperbaiki nasib para petani.


"Pagi ini saya bersama teman-teman Ahli Parlimen bertemu dan menerima satu memorandum daripada wakil PESAWAH


"Memorandum berkenaan antaranya mengandungi gesaan dan beberapa tuntutan berkaitan pertanian seperti isu kuota pembelian padi, pertukaran syarat guna tanah pertanian padi, bantuan wang ehsan dan lain-lain.


"InshaAllah, saya akan bawa dan suarakan segala isu yang telah dikemukakan berkaitan memorandum berkenaan dalam Dewan Rakyat terutamanya kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta pihak-pihak yang berkaitan untuk diambil perhatian segera dan sewajarnya," kata Johari.


Johari (tiga dari kanan) menerima memorandum dari PESAWAH

Turut sama menerima memorandum tersebut adalah Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai, Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Wira Amiruddin Hamzah.


Untuk rekod, PESAWAH merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu berkenaan dengan pertanian serta membela nasib para petani.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page