Memorandum kerjasama: Banyak yang boleh dibuat segera tetapi tidak dilakukan - William



Memorandum kerjasama (MoU) yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan masuk bulan kedua namun beberapa perkara yang dijanji akan dilaksanakan secara serta merta masih belum kelihatan tanda-tanda akan dipenuhi oleh pihak kerajaan.


Bagi Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, terdapat suara-suara kecewa yang semakin kuat kedengaran dalam kalangan PH berhubung pelaksanaan MoU berkenaan.


Beliau yang juga Jurucakap KEADILAN bagi Parlimen dan Pentadbiran berkata, banyak perkara yang boleh dilakukan segera misalnya pindaan Akta Perkhidmatan Parlimen yang tidak memerlukan masa panjang untuk dikaji atau peruntukan kewangan banyak, tidak juga dijadual akan dibentang.


"Kita tahu dalam MoU ada yang boleh dibuat segera dan ada yang mengambil masa dan kalau kita melihat dengan teliti, dibahagikan mengikut masa.


"Tetapi beberapa perkara yang boleh dibuat dengan segera masih belum ada. Apa yang ada ialah peruntukan (kepada setiap kawasan Parlimen pembangkang) yang diberi, tetapi ada banyak lagi perkara yang boleh dibuat tetapi tidak ada," katanya.


Beliau turut menegur Akta Anti-lompat Parti yang tidak lagi ditimbulkan sebagaimana heboh sebulan lalu. Begitu juga pindaan kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sepatutnya telah dibacakan buat pertama kali di Dewan Rakyat sejak minggu lalu.


"Kita tunggu Akta Anti-lompat Parti, kita juga meminta adakan pindaan MA63, kalau kita lihat pindaan diminta bukanlah masalah besar.


"Pada saya tidak ada masalah untuk bentangkan hal ini (MA63) bila kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) setuju," katanya.


Tegas William, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu lebih bertegas dalam hal MoU dan mempercepatkan pelaksanaan kerana ada beberapa perkara yang mempunyai time line sehingga hujung 2021 untuk disempurnakan.


Sednagkan, katanya hanya sebulan lebih sahaja lagi tahun 2021 akan melabuhkan tirainya.


"Bila kita telah adakan MoU maka ini menjadi tanggungjawab untuk PM dan kerajaan melaksanakannya dengan segera," kata beliau lagi.


Untuk rekod, sehingga kini daripada 18 perkara yang termeterai dalam MoU hanya 6 yang telah dijamin akan dilakukan oleh kerajaan PN 2.0, manakala yang lain sama ada dalam kajian atau langsung tidak disentuh sama sekali.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER