top of page

Memorandum BERSIH-PMX: 'Kerajaan Perpaduan mampu realisasikan reformasi'



Oleh: Abdullah Zaid


Reformasi yang dibawa Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini mampu membawa perubahan dalam mengemudi Kerajaan Perpaduan.


Hasrat itu dizahirkan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail susulan pertemuan badan penggerak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan PM semalam yang membawa mesej untuk menyegerakan perubahan atau reformasi institusi secara menyeluruh.

DS Anwar menandatangani memorandum diserahkan

"Jika kita teliti, telah ada beberapa perkara yang telah pun dilaksanakan, walhal belum sampai dua tahun Kerajaan Perpaduan memerintah.


"Saya yakin tempoh selebihnya pasti beberapa reformasi akan dikemukakan bagi memastikan tatakelola yang baik," katanya kepada Suara Keadilan.


Terdahulu, BERSIH mengadakan himpunan ke bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum berhubung tiga tuntutan 'Reformasi 100 peratus' kelmarin.


Tuntutan yang digerakkan pengerusinya, Mohammad Faisal Abdul Aziz menggesa Jawatankuasa Khas Parlimen diadakan bagi sebarang pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Selain itu, BERSIH turut menuntut tiada lagi keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) terhadap mana-mana ahli politik yang sedang dibicarakan selain menolak undang-undang dua darjat membabitkan kes-kes perbicaraan berprofil tinggi membabitkan ahli politik.


Susulan itu, Rodziah menyambut baik cadangan itu selain berpandangan sebarang usaha reformasi yang dibawa perlulah dilakukan secara berhemah, dalam tempoh yang wajar dan difahami oleh perkhidmatan awam agar perubahan itu dapat direalisasikan dengan baik.


"Malah saya bersetuju ianya perlu mengikuti kertertiban dan berhikmah agar setiap perubahan yang ingin dilakukan dilaksana dengan baik.


"Parlimen Malaysia juga melalui penubuhan beberapa Jawatankuasa Pilihan yang saya dapati begitu aktif, objektif penubuhan ini bagi menjadikan badan semak dan imbang itu memberi kesan yang positif dalam meletakkan agenda reformasi," ujarnya.


Sementara itu, semalam, pimpinan BERSIH yang menemui Anwar telah menyerahkan memorandum setebal 30 muka surat dan 10 lampiran kertas kajian kepada Perdana Menteri bagi memperkukuh transisi demokrasi di Malaysia.


Badan pendesak demokrasi itu antara lain turut berbesar hati atas peluang bertemu tersebut selain menyifatkan memorandum secara terus kepada pemimpin nombor satu negara adalah kali pertama seumpamanya dilakukan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page