top of page

Melayu hilang 10 tahun cara Tun M elak publisiti negatif siasatan?



Teori bekas Perdana Menteri (PM) Dr Mahathir Mohamad kononnya kaum Melayu akan hilang di bumi Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang jika tidak bersatu mungkin merupakan helah mengalihkan isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas salah laku pentadbiran beliau dua dekad lalu.


Menurut Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Fakharuddin Moslim, Tun Mahathir yang cemerlang dalam hal mengalih perhatian orang Melayu kali ini cuba sedaya upaya menghindari perhatian rakyat terhadap kekayaan keluarga beliau yang sedang disiasat.


"Kenyataan Tun bahawa bangsa Melayu akan hilang dalam tempoh 10 tahun lagi hanya helah beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada memberi tumpuan terhadap siasatan yang sedang dijalankan ke atas elit-elit Melayu seperti Daim Zainudin dan anak anaknya, iaitu Mirzan Mahathir dan yang terbaru Mokhzani Mahathir, elit-elit Melayu yang sangat dekat dengan beliau.


"Ucapan Tun ini hanya sandiwara yang acap kali diulang guna bagi mengelabui orang Melayu.


"Ini juga usaha terdesak beliau untuk meraih simpati dan sokongan Melayu yang semakin hari semakin pudar serta hilang kepercayaan terhadap beliau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Fakharuddin Moslim

Dalam pada itu, Fakharuddin mengingatkan orang Melayu agar tidak sekali lagi termakan helah Tun M kerana ahli politik veteran itu hanya bercakap tentang nasib bangsa Melayu setelah telah tiada kuasa.


Sebaliknya, kata beliau, Tun M sendiri adalah pemecah belah kesatuan orang Melayu apabila beberapa parti politik Melayu ditubuhkan pada era beliau berkuasa atau cuba merebut kembali kuasa.


"Tun pecahkan UMNO kepada UMNO baru, akibat perselisihan dengan Ku Li, Ku Li kemudian bentuk Semangat 46. Kemudian akibat tindakan zalim Tun terhadap Anwar Ibrahim, sebahagian UMNO telah membentuk KEADILAN.


"Apabila tidak bersama UMNO pada 2017 beliau tubuh Bersatu untuk lawan UMNO. Apabila dibuang Bersatu, beliau tubuhkan pula Parti Pejuang. Selepas keluar Pejuang, beliau anjur pula Proklamasi Melayu.


"Tun faham bahawa membawa naratif isu perkauman khususnya berkenaan soal Melayu akan membuka jalan untuk mendapat sokongan.


"Mujur orang Melayu waktu ini cerdik dan bijak untuk membuat penilaian dan tak mudah termakan dengan hasutan Tun," katanya.


Tegas Ketua Cabang KEADILAN Tenggara itu, Melayu seharusnya menjadi bangsa bermaruah dan cintakan kedamaian, hidup harmoni bersama kaum-kaum lain di Malaysia.


Melayu katanya tidak harus mengikut naratif songsang Tun M yang merugikan negara, sebaliknya perlu membantu Kerajaan Perpaduan menterjemah budaya yang baik untuk diwariskan kepada generasi berikutnya.


"Sebagai bekas pemimpin negara, Tun sepatutnya guna ruang ini (usia senja) untuk mengajak masyarakat bersatu padu dan berganding bahu bersama kerajaan untuk bawa negara ke tahap yang lebih baik, bukan memecah belahkan kesatuan masyarakat yang berbilang bangsa.


"10 tahun lagi, dengan ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, inshaAllah martabat orang Melayu akan terangkat dan dipertingkat. Namun yang hilang (dari Malaysia ketika itu) mungkin kroni-kroni Tun Dr Mahathir," sinisnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page