top of page

Melayu berdaulat atau diperalat: Pembangkang jangan bakar sentimen politik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 18 minutes ago
  • 2 min read


Tindakan pihak pembangkang mengumpulkan orang Melayu dalam sekretariat atau berhimpun konon menuntut kedaulatan bangsa hanyalah permainan politik sentimen semata mata.


Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, bangsa Melayu terang terangan telah diperalatkan oleh pembangkang Pas dan Bersatu yang kehabisan modal melawan kecemerlangan Kerajaan Perpaduan dalam memulihkan ekonomi sejak kebelakangan ini.


Katanya, pembangkang cuba menanamkan ketakutan dalam kalangan orang Melayu kononnya kerajaan sedang mengancam masa depan bangsa itu.


"Melayu berdaulatkah, atau Melayu diperalat? Pas, Perikatan Nasional dan Himpunan Sekretariat bukan sedang memperjuangkan kedaulatan Melayu, sebaliknya sedang memperalatkan orang Melayu untuk agenda politik mereka," kata beliau dipetik Selangortoday.


Tegas pemimpin AMANAH Kedah itu, tindakan memomokkan kononnya Melayu Malaysia akan dipencilkan seperti orang Melayu Singapura amatlah tidak bertanggungjawab memandangkan sistem pemerintahan negara ini meletakkan Raja Berperlembagaan sebagai payung pembela orang Melayu dan hal itu tidak wujud dalam sistem di Singapura.


Malah Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang ditohmah akan merampas aset orang Melayu, sekiranya diselidik tidak ada satu pun peruntukan sedemikian diwujudkan.


"Kononnya Melayu akan dihalau dari Kuala Lumpur, jadi gelandangan, konon kerajaan nak hancurkan orang Melayu. Semua ini cerita tak betul. Kalau semak betul-betul, tak ada satu pun yang mengancam kepentingan Melayu," ujarnya.


Jelas Mahfuz, sebaliknya dasar kerajaan hari ini masih tidak berubah mengenai Melayu dan mengekalkan semua agensi yang diwujudkan untuk membangtu ekonomi bangsa itu.


Justeru itu, beliau menggesa pemimpin pembangkang agar berhenti menokok tambah isu kedaulatan Melayu semata-mata untuk meraih sokongan politik. Sebaliknya mereka perlu membawa cadangan yang membina apabila draf undang-undang PSB dibentangkan di Parlimen bulan ini.


"Kalau benar sayang bangsa, bawalah idea untuk memperkukuh dan memperkasakan undang-undang itu. Bukan menakut-nakutkan rakyat hingga orang Melayu yang duduk di flat rasa seperti gelandangan di negara sendiri," katanya.


Bagi mahfuz perjuangan sebenar Melayu di negara ini adalah untuk meningkatkan ekonomi memandangkan kedudukan politik bangsa itu telah terjamin.


Bukan menakut nakutkan orang Melayu akan kehilangan kuasa, tanah dan dihalau dari bandar besar.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page