top of page

Melangkah ke 2026 dengan tekad, iltizam kukuh perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) bertekad untuk terus komited melaksanakan proses reformasi secara berterusan dan memastikan perpaduan rakyat terus utuh dengan kehidupan lebih baik untuk semua lapisan masyarakat.


Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) menyeru rakyat bersatu hati dan bersama-sama memperkukuhkan negara demi masa depan yang lebih baik.


"Kepada seluruh rakyat Malaysia, Bang Mat menaruh harapan agar tahun 2026 membawa kesejahteraan, perpaduan dan kehidupan yang lebih baik buat kita semua.


"Semoga kita terus bersatu hati, saling menyokong dan bersama-sama memperkukuh kekuatan negara demi masa depan yang lebih cerah," katanya dalam hantaran sempena Tahun Baharu 2026 di laman sosialnya hari ini.


Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kementerian akan terus berusaha memperkasa sektor pertanian, perikanan dan penternakan melalui sokongan berterusan, inovasi serta dasar yang berteraskan kebajikan rakyat.


Beliau menzahirkan penghargaan kepada golongan petani, penternak dan nelayan di negara ini yang berusaha gigih dan berkorban demi keterjaminan makanan negara.


"Tanpa mengenal penat lelah, anda terus berbakti di sawah, ladang dan lautan demi memastikan hasil tuaian, ternakan dan tangkapan sentiasa mencukupi di meja makan rakyat Malaysia. Jasa dan sumbangan anda amat dihargai dan tidak ternilai," ujarnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page