top of page

Melaka tidak perlukan PRN, lantik kerajaan mandat rakyat - KEADILAN Melaka



Tumbangnya Kerajaan Negeri Perikatan Nasional (PN) Melaka semalam seharusnya segera diselesaikan dengan cara politik yang menguntungkan rakyat negeri berkenaan.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Muhammad Asri Ibrahim umum telah mengetahui pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah pun kehilangan majoriti berikutan penarian sokongan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), semalam.


Katanya, perubahan kerajaan di Melaka adalah perkara biasa dan pernah berlaku di negeri-negeri lain sebelum ini.


"Perubahan tampuk kepimpinan kerajaan bukan sahaja telah berlaku di beberapa negeri seperti Sabah dan Perak Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 14, namun cadangan penyelesaiannya (dicadang oleh Umno) dilihat tidak konsisten dan terlalu gopoh," katanya dalam kenyataan hari ini.


Oleh itu, Muhammad Asri tidak bersetuju dengan cadangan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan perlunya diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri Melaka


Katanya, cadangan itu tidak mengambilkira implikasi yang akan berlaku kepada rakyat pada ketika pandemik Covid 19 masih belum berakhir dan tiada jaminan jangkitan tidak akan berleluasa semula.


"Semasa berlaku krisis pertukaran kerajaan di Perak misalnya, kepimpinan Umno terutama Presiden Umno tidak mencadangkan diadakan PRN Perak, sepertimana cadangan yang dibuat kepada negeri Melaka.


"Adakah disebabkan Menteri Besar Perak yang dilantik ketika ini adalah proksi Presiden Umno sehingga berlaku cadangan yang tidak konsisten?


"Persoalan ini harus dijawab oleh Presiden Umno kerana bahana kepada PRN akan membawa kepada kesan buruk dalam tempoh pandemik Covid 19 seperti mana yang berlaku di PRN Sabah," katanya.


Sehubungan itu, Muhammad Asri berkata, pemimpin Umno tidak wajar memperjudikan kesihatan dan keselamatan rakyat demi kepentingan politik mereka semata-mata.


"Saya yakin Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tidak akan bersetuju dengan idea separuh masak yang dilontarkan oleh Presiden Umno itu dalam keadaan negara menuju jalan keluar pemulihan pandemik


"Dengan semangat Keluarga Malaysia yang dilaungkan oleh PM, persaingan politik ini sepatutnya dilihat sebagai satu persaingan yang sihat di padang yang rata dan menginsafi mandat rakyat yang diterima oleh Pakatan Harapan pada PRU 14 perlu dikembalikan," katanya.





0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page