top of page

Media sosial: Fahmi ingatkan pengguna pantau privasi maklumat



Oleh: Abdullah Zaid


Sikap suka berkongsi maklumat peri­badi dan hal ehwal keluarga di media sosial perlu dikawal bagi mengelakkan sebarang risiko kepada keselamatan maklumat peribadi.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata sikap kecenderungan berkongsi maklumat itu dibimbangi boleh mewujudkan kesan kesihatan mental antaranya sindrom Fomo (Fear of Missing Out) dalam kalangan pengguna media sosial.


"Kadang-kadang kita jadi hamba skrin, meluangkan masa terlalu banyak sehingga kita berkongsi (maklumat) privasi.


"Ia bukan lagi fenomena FOMO tetapi sebaliknya ‘fear of not sharing enough’ jadi kita kena pantau sebelum berkongsi apa-apa maklumat," katanya dalam Program bual bicara 'Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia', anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) pagi tadi.


Program itu turut dihadiri pelakon dan usahawan, Nur Fazura sebagai ahli panel dan Yumma Baharuddin selaku moderator.


Jelas Fahmi, sebagai orang nombor satu dalam Kementerian Komunikasi nasihat beliau ialah pengguna perlu memantau sebelum menyebarkan sebarang perkara dalam media sosial bagi mengelakkan kesan buruk kepada diri sendiri.


"Sebagai menteri saya harus beri pesanan kerana kalau kita tidak beri data dan gambar sebenarnya semua syarikat media sosial memerlukan duit daripada idea dan kreativiti kita.


"Sebab itu kita perlu berhati-hati ketika menggunakan sosial media, ada beberapa maklumat yang boleh dikongsi dan (ada yang) tidak perlu untuk berkongsi," ujarnya lagi.


Fahmi turut menasihatkan kanak kanak agar mempunyai aktiviti fizikal seperti bermaian di taman permainan bersama kawan kawan dan bukan terikat dengan aktiviti di media sosial sehingga mengurangkan percampuran sesama rakan taulan.


Program bual bicara 'Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia' yang diterbitkan mulai hari ini berkonsep santai dan antara lain menyasarkan penglibatan generasi muda bagi membincangkan topik berkaitan dasar, inisiatif kerajaan MADANI, di samping memupuk semangat patriotik, keharmonian dan integrasi nasional.


Selain JaPen, Jabatan Pendidikan Tinggi serta Richiamo Coffee Sdn Bhd turut berkerjasama dan terlibat dalam program bual bicara itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page