top of page

Media sosial bukan tempat semai benih kebencian - Rozy Razid

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 30
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Media sosial bukan platform menyemai benih kebencian apatah lagi untuk melancarkan serangan peribadi terhadap pemimpin negara yang sedang membawa suara keamanan serantau.


Exco Wanita KEADILAN Pusat, Rozy Razid (gambar) dalam satu kenyataan mengecam kenyataan sinis oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari terhadap peranan Malaysia dalam mendamaikan konflik antara Thailand dan Kemboja.


Tegasnya, penggunaan perumpamaan seperti “kambing, biri-biri dan monyet” oleh Ahmad Fadhli bukan sahaja biadab dan tidak beretika, malah berbaur rasis serta memperlekeh semangat perdamaian.

"Kenyataan itu seolah-olah menjadikan usaha murni Malaysia, khususnya perdana menteri sebagai bahan ejekan, sedangkan kita kini menggalas tanggungjawab besar sebagai Pengerusi ASEAN," katanya menerusi kenyataan tersebut.


Rozy yang juga Ketua Wanita Pasir Gudang turut menyifatkan tindakan Ahmad Fadhli mencemarkan imej negara di mata dunia.


Sementara itu menerusi kenyataan sama beliau menggesa semua pemimpin politik termasuk pembangkan bertanggungjawab supaya ketegangan kaum dan konflik diplomatik dapat dielakkan.


Malaysia MADANI tegasnya menjunjung nilai rahmah, adab dan keamanan harus dipelihara dalam segenap ruang wacana, termasuk di media sosial.


"Kita mendidik dengan adab, bukan ejekan. Kita menyemai rahmah, bukan menyebar fitnah


"Kita adalah sebuah negara berdaulat yang dihormati dalam dunia Islam dan komuniti antarabangsa. Jangan biarkan sikap tidak matang segelintir individu mencemarkan maruah Malaysia," tegasnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page