top of page

MCMC, Kerajaan Melaka meterai MoU perkasa agenda bandar pintar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

Datuk Fahmi dan Ketua Menteri Melaka, DS Ab. Rauf dalam majlis pertukaran MoU antara MCMC dan Melaka
Datuk Fahmi dan Ketua Menteri Melaka, DS Ab. Rauf dalam majlis pertukaran MoU antara MCMC dan Melaka

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Melaka dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Selasa memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pelaksanaan Inisiatif Bandar Pintar Melaka.


Suruhanjaya itu menerusi satu kenyataan bersama berkata, kerjasama itu merupakan langkah penting bagi menyokong Blueprint Melaka Pintar 2035 ke arah pembangunan lebih lestari, selamat dan berdaya huni.


"MoU merangkumi kerjasama pelbagai aspek, antaranya peluasan infrastruktur kesalinghubungan seperti penyediaan Wi-Fi awam berkelajuan tinggi, rangkaian gentian optik masa hadapan serta pemasangan smart pole bagi memperkukuh liputan rangkaian di seluruh negeri.


"Ia turut melibatkan pembangunan keselamatan awam, pengurusan trafik dan pelancongan berasaskan teknologi pintar melalui penubuhan Network Operation & Command Centre bagi memastikan penyelarasan operasi secara bersepadu," kata kenyataan tersebut.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh menyaksikan pertukaran MoU antara MCMC yang diwakili Pengerusinya, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Kerajaan Negeri Melaka yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad.

Sementara itu MCMC menerusi kenyataan itu turut menjelaskan, kerjasama dijangka menyediakan asas kukuh bagi transformasi digital jangka panjang, sekali gus mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai negeri pintar berdaya saing di peringkat antarabangsa.


Pelaksanaannya juga turut dijangka meningkatkan akses digital rakyat, mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan, melancarkan pengurusan trafik, serta mengurangkan risiko bencana. selain merangsang pertumbuhan ekonomi digital tempatan, termasuk sektor pelancongan, peruncitan, logistik dan perusahaan kecil dan sederhana di negeri tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page