MBSA ubah suai lori untuk angkut jenazah pesakit Covid 19
- Suara Keadilan

- Aug 9, 2021
- 1 min read

Menyedari kematian akibat Covid 19 yang semakin meningkat di sekitar Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengubah suai sebuah lori untuk dijadikan kenderaan membawa jenazah.
Ketua Bahagian Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, lori dengan kapasiti ruang yang lebih besar telah membantu mempercepat pengurusan jenazah untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Islam di Seksyen 21, Shah Alam.
"Lori yang diubah suai ini boleh membawa 12 jenazah dalam satu-satu masa dari hospital yang ditetapkan. Proses pengebumian kelmarin melibatkan jenazah dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
"Kita berharap kenderaan ini dapat membantu mempercepat proses pengebumian jenazah pesakit Covid-19 dan memudahkan urusan semua pihak," katanya dipetik.
Selangor mencatat angka jangkitan dan korban pandemik Covid 19 yang tinggi sejak kebelakangan ini.
Penggunaan lori jenazah mempercepatkan pengebumian jenazah.




Comments