top of page

MBM sambut baik reformasi institusi dilakukan Kerajaan MADANI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Reformasi institusi yang sedang dilaksanakan Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan langkah penting bagi memperkukuh elemen tadbir urus, integriti institusi dan keseimbangan kuasa dalam sistem demokrasi negara.


Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid (gambar) berkata, pihaknya menyambut baik komitmen Kerajaan MADANI dalam meneruskan agenda reformasi institusi, termasuk usaha memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan penggubalan undang-undang bagi menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri (PM).


Dalam masa sama, MBM ujarnya turut menghargai inisiatif kerajaan menangani kos sara hidup melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang diharap dapat memberi kelegaan segera kepada rakyat, khususnya golongan belia dan keluarga muda.


"Selain itu, MBM merakamkan penghargaan atas kesediaan kerajaan memenuhi permintaan MBM dengan memperluaskan pelaksanaan inisiatif Sejati MADANI kepada pertubuhan belia.


"Kami akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan.


"Walau bagaimanapun, MBM berharap agar kerajaan memberi keutamaan kepada isu peluang pekerjaan dan gaji bermaruah agar belia dapat membina masa depan yang stabil dan berdaya tahan," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page