Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Pakej Kita Selangor bernilai RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Beliau berkata, Pakej Kita Selangor menumpukan kepada usaha memerangi wabak Covid-19 dan pada masa sama merangsang ekonomi negeri termasuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Saya yakin kita mampu tangani kesan jangka pendek dan jangka panjang Covid-19 berpandukan Perlembagaan serta memartabatkan amalan demokrasi yang berwibawa,” katanya ketika pengumuman hari ini.
Berikut merupakan inisiatif Pakej Kita Selangor:
1. RM6 juta - Untuk 19,976 ujian Covid-19 percuma dibuat terhadap golongan sasar termasuk warga emas, golongan berpendapatan rendah B40 dan mahasiswa anak Selangor
2. Tambah baik fungsi aplikasi SELangkah yang membantu pengawasan kendiri individu bergejala melibatkan pusat panggilan 24 jam
3. RM3 juta - Bantuan Makanan kepada 9,822 petugas perubatan dan 3,500 anggota polis dan tentera
4. Perkhidmatan Bas Smart Selangor boleh digunakan secara percuma untuk menghantar pesakit Covid-19 berisiko rendah ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps)
5. Peruntukan Khas Mesra Rakyat - RM100,000 untuk setiap DUN dan RM50,000 untuk ahli parlimen melibatkan perolehan asas seperti beras dan minyak masak
6. RM2.7 juta - Pengecualian sewa bulan (Januari) dan penangguhan sewa dua bulan (Februari dan Mac) untuk 2,361 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan penangguhan sewa tiga bulan (Januari-Mac) untuk 450 penyewa Skim Smart Sewa
7. 7.177 juta - Lupus pinjaman 762 peminjam Yayasan Selangor bernilai RM7.177 juta
8. RM1.3 juta - Biaya bantuan makanan untuk pemandu teksi, pemandu bas sekolah, penyewa PPR, pemandu lori sisa pepejal kendalian KDEBWM dan Orang Asal
9. RM2 juta - Untuk 10,160 warga tani termasuk baucar petrol RM300 kepada nelayan, makanan ternakan untuk pengusaha ternakan dan makanan mentah untuk warga tani
10. RM 1 juta - Inisiatif Peduli Anak Barisan Hadapan dengan pembukaan taska dan pusat jagaan sementara percuma di hospital awam serta premis sementara
11. Portal Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) diperkenalkan menerusi portal ePTRS.my untuk pelbagai program pembelajaran antaranya program kemahiran belajar ‘smart learning’ dan Program Pecutan Akhir SPM.
Pada masa sama, Amirudin juga mengumumkan beberapa inisiatif Belanjawan Selangor 2021 disegerakan bagi meringankan beban rakyat ketika PKP.
“Pelaksanaan PKP yang bermula 13 Januari menuntut beberapa inisiatif dipercepatkan atas keperluan membantu peniaga kecil, usahawan, penjaja yang terjejas dan memacu agenda pendigitalan Selangor,” katanya.
Berikut merupakan inisiatif yang disegerakan:
Selangor e-Dapur
-Membantu 1,000 penjaja kecil makanan dan minuman untuk berniaga secara dalam talian dengan peruntukan RM10 juta
-Peserta akan mendapat skim pinjaman mikrokredit untuk menampung kos operasi dan mengadaptasi perniagaan ke platform e-dagang
e-Pembekalan Peruncit dan Mikro
-RM5 juta untuk bantu 1,000 peruncit kecil dan mikro mendapatkan bekalan pada harga lebih rendah, mudah serta cepat melalui platform digital yang diuruskan Yayasan Hijrah
Selangor Freelance
-RM10 juta disediakan dengan anggaran lebih 1,000 peluang pekerjaan melalui ekonomi gig menerusi kerjasama beberapa platform pekerja bebas
-Pekerjaan gig melibatkan kerja-kerja kolar biru dan kemahiran tinggi seperti perkhidmatan pemasaran digital, perakaunan, pengatur-caraan serta pengurusan akaun media sosial
Rakan Digital Selangor
-RM3 juta peruntukan dengan 1,000 individu dilantik bagi membimbing rakyat menggunakan aplikasi digital khasnya golongan peniaga, warga emas dan mahasiswa
Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI)
-Peruntukan RM10 juta untuk usahawan wanita
-3,000 peserta boleh terus berniaga dengan lesen penjaja sementara daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan akan mendapat pelan pinjaman minimum RM1,000 serta RM3,000 maksimum
-Dana boleh dipohon tanpa perlu mempunyai premis dan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Bilik Gerakan Covid-19
-Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SSOC) beroperasi 24 jam sehari
-Merencana pengurusan bantuan, menyokong pengurusan operasi kawalan bersama agensi persekutuan termasuk pemantauan berpusat kes Covid-19 secara waktu nyata
-Dilengkapi jaringan internet 3GB, pusat data hybrid, sistem komunikasi berpusat dan Smart Data Platform
コメント