Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berbangga ke atas prestasi cemerlang atlet Malaysia yang berjaya merangkul pingat emas di temasya Sukan SEA di Hanoi, Vietnam.
Amirudin menghargai pencapaian gandingan Ng Yan Yee dan Ong Ker Ying atlet papan anjal seirama wanita yang memperolehi pingat emas ke-4 negara, semalam.
"Persembahan gandingan Ng Yan Yee dan Ong Ker Ying telah meraih emas ke-4 buat Malaysia dalam Sukan SEA Hanoi 2022.
"Pasangan Yan Yee-Ker Ying menguasai acara 3 meter papan anjal seirama wanita. Tahniah Yan Yee dan Ker Ying," katanya.
Terdahulu Amirudin juga mengucapkan sekalung tahniah kepada Ooi Tze Liang yang telah berjaya meraih pingat emas ketiga untuk negara.
"Tze Liang berjaya memungut 377.70 mata dan berada di kedudukan pertama acara 1 meter papan anjal individu.
"Anda inspirasi buat Malaysia," katanya lagi.
Comentários