top of page

MB Selangor tawar ganjaran RM20,000 jika lapor pencemar sungai

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Feb 5, 2021
  • 2 min read


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menawarkan ganjaran RM20,000 kepada mana-mana individu yang melaporkan pihak yang sengaja mencemarkan sungai.


Beliau berkata ini setelah menerima maklumat mengenai pelupusan sisa kimia di Sungai Langat.


"Pihak tidak bertanggungjawab yang melupuskan sisa kimia pelarut hingga berpotensi menyebabkan pencemaran sungai telah dikenal pasti.


"Pemberi maklumat akan diberi ganjaran RM20,000 sekiranya pelaku ditahan dan dijatuhkan hukuman kerana mencemarkan sungai," katanya.


Beliau mengulas mengenai tanah rizab Sungai Langat di Taman Seri Reko, Kajang yang dijadikan lokasi pihak tidak bertanggungjawab melupuskan sisa kimia pelarut hingga berpotensi menyebabkan pencemaran.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Hee Loy Sian berkata, pihaknya sedang bersedia untuk mengambil tindakan lanjut.


Katanya, kejadian pada 5 petang itu disedari penduduk taman perumahan yang menemui tong berisi bahan kimia sebelum memaklumkan penemuan berkenaan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).


"Hasil penelitian lanjut Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan MPKj mendapati bahan kimia berkenaan jenis pelarut dan penipis cat yang digunakan kilang cat namun tidak dilupus mengikut piawaian ditetapkan.


"Semakan dan pemeriksaan lanjut juga mendapati lokasi penemuan hanya 10 meter dari Sungai Langat dan tiada sebarang tumpahan dan bau dikesan di hilir sungai yang boleh menghentikan tugas loji rawatan air," katanya.


Bagaimanapun Loy Sian berkata, sisa kimia itu tidak akan menyebabkan gangguan bekalan air untuk penduduk sekitar Hulu Langat dan operasi pelupusan kini dilaksanakan oleh JAS.


Katanya lagi, JAS akan menjalankan siasatan lanjut dan membuat pemeriksaan di kilang sekitar untuk memastikan bahan kimia dilupus mengikut kaedah pelupusan ditetapkan kerajaan.


"Selaras dengan Enakmen LUAS (Pindaan) 2020, bagi pencemaran sumber air apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan didenda tidak kurang daripada RM200,000 dan tidak melebihi RM2 juta.


"Pemberi maklumat mengenai pencemaran juga akan diberikan ganjaran RM20,000 sekiranya pelaku ditahan dan dijatuhkan hukuman kerana mencemarkan sungai," katanya.


Setakat Januari lalu, sebanyak tujuh kes pencemaran kod kuning direkodkan di Selangor membabitkan Sungai Chinchang, Sungai Gong dan Sungai Semenyih, ekoran pencerobohan di kawasan rizab tebing sungai yang digunakan untuk membuang sisa kimia.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page