top of page

MB Selangor sumbang sebulan gaji kepada Tabung Bantuan Covid-19

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jan 21, 2021
  • 1 min read

ree

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyumbang sebulan gaji kepada Tabung Bantuan Menangani Bencana Covid-19 Selangor yang diaktifkan semula serta-merta.


Beliau berkata, ia adalah sebagai wang permulaan dan turut mengalu-alukan sumbangan daripada syarikat korporat dan anak syarikat negeri setelah menerima RM2.3 juta daripada pelbagai pihak.


“Syukur alhamdulillah kerajaan negeri menerima sumbangan RM2.3 juta bagi tabung bantuan bencana,” katanya.


Sebelum ini, gaji Menteri Besar Selangor dilaporkan mencecah kira-kira RM29,250.


Pada masa sama, Amirudin turut bercadang untuk melaksanakan potongan gaji meliputi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri (ADN) dan pegawai tinggi GLC untuk disalurkan ke tabung berkenaan.


Tahun lalu, tabung bantuan Covid-19 Selangor menerima sumbangan berjumlah RM9.3 juta yang disalurkan kepada petugas barisan hadapan bagi menangani Covid-19.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page