top of page

MB Selangor lawat kawasan PKPD di malam Aidiladha, beri semangat kepada penduduk


Menyambut Hari Raya Aidiladha di dalam kepungan kawat berduri tentunya tidak menyelesakan penduduk di sebahagian Taman Samudera, Gombak yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Sehubungan itu, malam tadi Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melawat kawasan PKPD Taman Samudera bagi memastikan keperluan telah diagihkan secukupnya kepada warga di sana di samping bertanya khabar kepada penduduk yang dipisahkan kawat berduri.


"Pelaksanaan PKPD ini masuk hari ketiga dilalui penduduk di pangsapuri Samudera Timur. Kita kenal pasti lebih kurang 650 rumah telah terkepung kerana 87 kes dikesan dan melibatkan beberapa kematian.


"Sebagaimana PKPD di Mentari Court, Taman Murni dan sebagainya, penduduk di sini akan kita buat ujian saringan dan akan diberikan vaksin dos pertama manakala dos kedua akan disusuli di tempat ditentukan kemudian.



"Ada 3,000 penduduk kesemuanya. Kalau semua berjalan lancar mereka akan selesai PKPD awal daripada tempoh 14 hari yang biasa," kata Amirudin kepada wartawan seusai mesyuarat ringkas bersama Pegawai Daerah Gombak dan jabatan yang berkaitan dengan pengendalian PKPD.


Mengenai bantuan makanan, MB mengesahkan telah diedarkan kira-kira 650 bakul makanan untuk penduduk di Taman Samudera yang dikenakan perintah sekatan.


"Tadi semua telah selesai. Jabatan Kebajikan Masyarakat sumbangkan 300 bakul makanan dan Kerajaan Negeri top up 350 di semua unit sedia ada. Dan mungkin kita buat kitaran kedua dan ketiga. Ada keperluan barangan basah kita akan tengok keperluan.


"Agihan daging korban pula akan kita aturkan untuk diagihkan kepada penduduk di sini," katanya.


Menurut beliau semua penduduk dalam PKPD itu akan diberikan vaksin Covid 19 dos pertama mulai 26 Julai.


Menjawab soalan wartawan bahawa kerajaan pusat meniru langkah Selangor memberikan vaksin kepada penduduk di PKPD, Amirudin menyambut baik usaha berkenaan bagi memudahkan penduduk mendapat imuniti kelompok.


"Ini usaha bersama, idea ini diformulakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Kalau kaedah itu (kerajaan pusat) berlaku, ini yang baik. Mereka (penduduk) ada jaminan vaksin. Mereka tidak perlu menunggu temu janji," katanya.



Tambah MB, selain warga tempatan, warga asing juga turut divaksin bagi mengelakkan mereka mendapat jangkitan dan menulari kepada warga tempatan.


Beliau memberi contoh di kawasan itu, flat Sri Ayu yang 80% dihuni warga asing juga disuntik vaksin Covid 19.


Lawatan tersebut berakhir dalam suasana syahdu apabila MB bersama-sama penduduk di balik kawat berduri melaungkan takbir hari raya, dan saling mengucapkan selamat hari raya Aidiladha.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page