top of page

'MB Kedah usah bicara tukar kerajaan pusat, bangunkan negeri dahulu'



Oleh: Abdullah Zaid


Keangkuhan Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang membayangkan Kerajaan Persekutuan akan bertukar sedikit waktu lagi dalam sidang medianya semalam dibidas Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari.


Bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah itu, Sanusi tidak seharusnya cakap besar kononnya PN boleh mentadbir Kerajaan Persekutuan, sebaliknya beliau perlu menunjukkan kebolehan sebagai pemimpin PN mentadbir negeri Kedah.


Sehubungan itu, Taufiq mempersoalkan janji Sanusi mahu membina litar lumba untuk anak muda Kedah yang setelah lebih setahun tidak menjadi kenyataan.


"Sebagai Menteri Besar setiap percakapan (janji) perlu ada sikap bertanggungjawab. Jika sebaliknya, maka kamu gagal sebagai Menteri Besar," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Projek litar lumba MB Kedah hanya tinggal janji

Selain itu, Taufiq turut mengingatkan MB itu untuk memberi tumpuan kepada industri pelancongan di negeri ‘Jelapang Padi’ yang semakin merosot di bawah pentadbirannya.


Katanya, masyarakat luar tidak lagi melihat Kedah sebagai kawasan pelancongan sebaliknya lebih tertarik untuk melancong ke Thailand.


"Kita lihat Kedah tidak lagi menjadi kawasan pelancongan, rakyat berpusu-pusu melancong terus ke Thailand dan tidak lagi pergi ke Langkawi mahupun Kuala Kedah.


"Hal ini kerana kita tidak ada pemimpin yang menyentuh pembangunan negeri. Jadi saya saran lebih baik Sanusi sebagai Menteri Besar fokus bangunkan Kedah dan usahlah sibuk berpolitik sahaja," ujarnya lagi.


Sanusi dibidas sebelum ini apabila mengesahkan wujudnya rancangan di pihak Perikatan Nasional (PN) untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan dalam sidang media di Wisma Darul Aman di Alor Setar, semalam.


Kenyataan Sanusi yang tidak berasaskan fakta itu mengundang netizen mempersoalkan tujuan utama pemimpin PN berpolitik, sama ada mahu menjaga kebajikan rakyat atau pun hanya berusaha merebut kuasa.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page