top of page

MB Kedah batal cuti Thaipusam tidak hormati hak kaum India



Tindakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang membatalkan cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam tahun ini dengan alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikritik sebagai tidak menghormati hak beragama kaum India.


Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George, keputusan itu memperlihatkan kedangkalan sikap MB dari parti Pas itu yang tidak faham Thaipusam dirayakan secara berdoa dan membayar nazar, bukan semata-mata berkunjung ke rumah saudara mara yang tidak digalakkan sewaktu PKP.


"Keputusan Menteri Besar Kedah yang angkuh dan dangkal ini seperti tidak menghormati sensitiviti masyarakat India di Kedah dan negara ini secara amnya.


"Untuk rekod Thaipusam merupakan cuti peristiwa untuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor. Bagaimanapun negeri lain tidak membatalkan cuti berkenaan walaupun larangan sambutan itu turut dikenakan di negeri terbabit.


"Walaupun negara dalam perlaksanaan PKP tidak bermakna perayaan Thaipusam tidak boleh diraikan di rumah bersama ahli keluarga. Perayaan ini bukan tertumpu kepada mengunjungi rakan-rakan mahupun ahli keluarga tetapi lebih kepada menunaikan sembahyang dan membayar nazar.


"Dalam tempoh pandemik Covid 19, setiap perayaan tidak terbatal kerana setiap perayaan mempunyai nilai tersendiri bagi sesuatu kaum. Perayaan masih berjalan seperti biasa namun cara dan kaedahnya berbeza dalam tempoh pandemik," katanya.


Menurut Dr Gunaraj lagi, kerajaan Pas Kedah perlu menunjukkan toleransi dalam mengamalkan ajaran agama dan tidak boleh mengenepikan hak-hak kaum lain.


MB Pas katanya, perlu mendapatkan nasihat yang betul sama ada di dalam partinya atau kerajaan sebelum membuat sebarang keputusan


"Kerajaan Pas di Kedah seharusnya lebih peka ketika membuat sesuatu keputusan yang melibatkan sensitiviti kaum lain demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.


"MB kedah harus merujuk perkara ini kepada Dewan Penyokong Pas yang majoritinya beragama Hindu dan mendapatkan nasihat yang betul berkaitan kepentingan kaum India.


"Perkara ini pasti akan menimbulkan kemarahan dan kekecewaan di kalangan penganut Hindu di Kedah secara khusus dan Malaysia secara amnya," kata Dr Gunaraj lagi.


Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja itu juga menyarankan agar MB Kedah mengkaji semula tindakan dan kenyataan dangkal membatalkan cuti peristiwa di Negeri Kedah sempena perayaan Thaipusam demi kemaslahatan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page