top of page

Matrikulasi, STPM kekal relevan dalam sistem pendidikan - AMK

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 14
  • 1 min read

ree

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menegaskan bahawa sistem Matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sedia ada wajar diteruskan kerana kedua-duanya memainkan peranan dan fungsi tersendiri dalam sistem pendidikan negara.


Ketuanya Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) berkata, kedua-dua laluan tersebut melengkapi antara satu sama lain dan masih relevan dalam memberi peluang pendidikan yang adil kepada pelajar.


"Pada pandangan saya, mahupun AMK, kita fikir apa sistem yang kita ada hari ini tidak ada masalah, kita boleh teruskan kerana STPM ada fungsi tersendiri manakala matrikulasi pun ada peranannya.


"Sekiranya terdapat cadangan penambahbaikan mengikut keperluan semasa, ia boleh dikemukakan kepada kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Kita Anak Malaysia anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di Mydin Meru Raya, Ipoh pada Sabtu.


Sebelum ini, Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Tang Yi Ze, mencadangkan supaya program matrikulasi dimansuhkan dan STPM dijadikan piawaian tunggal bagi kemasukan ke universiti awam.


Cadangan itu bagaimanapun tidak mencerminkan pendirian rasmi Universiti Malaya (UM).


Naib Canselornya, Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, menegaskan program matrikulasi terbukti menyeluruh dan penting dalam menyediakan akses pendidikan tinggi kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang.


Justeru, UM komited menyokong dasar pendidikan negara yang memastikan peluang pendidikan lebih inklusif dan saksama untuk semua.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page