top of page

MATC Wangsa Maju: KEADILAN parti pelbagai kaum paling berjaya



KEADILAN Wangsa Maju mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) 2020 pada 18 April lalu telah mengusulkan agar parti diperkukuhkan bagi menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang dijangka tidak lama lagi.


Menurut Ketua Cabang, Andre Lai, usul yang dibangkitkan oleh ahli-ahli dalam MATC kali ini senada dengan kehendak kebanyakkan Cabang di seluruh negara.


Andre (kiri) mendengar ucapan perasmian dari Nurul Izzah

"Terdapat 11 usul dibentangkan. Namun yang paling utama dilontarkan adalah menobatkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan menggunakan logo KEADILAN untuk kempen PRU akan datang,” kata Andre.


Menurut Andre lagi, institutional reform atau reformasi institusi telah diusahakan sepanjang 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH), namun hala tuju negara berubah drastik selepas pengkhianatan politik Mac 2020.


"Langkah Sheraton telah mengubahkan landskap politik negara, namun (pengkhianatan politik) tidak akan menggugat kredibiliti KEADILAN sebagai parti berbilang kaum yang paling berjaya di Malaysia," katanya.


Mengenai kemungkinan PRU 15 akan diadakan dalam tahun ini beliau menegaskan KEADILAN Wangsa Maju telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Datk Paduka Dr Tan memberi sumbangan Ramadan

"Kami komited untuk memenangkan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju dan dengan semangat yang sama harus memenangkan KEADILAN sebagai Kerajaan Persekutuan," katanya lagi.


Dalam menyuarat itu, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew mengambil kesempatan untuk memberi sumbangan buah kurma sebagai juadah Ramadan kepada ketua-ketua JDM ranting yang hadir.


MATC Wangsa Maju 2020 diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju dan dihadiri oleh ahli-ahli parti berbilang kaum.


Upacara perasmian disempurnakan oleh tetamu jemputan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.


Turut hadir Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan dan rombongan ahli-ahli Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page