Masyarakat kuat apabila saling memahami, bersatu, bina perpaduan
- Suara Keadilan

- Oct 22
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Masyarakat India di negara ini diseru untuk menghargai kekuatan, budaya dan daya ketahanan yang menjadi tunjang komuniti selama ini.
Seruan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George (gambar) sempena perayaan Deepavali yang diraikan baru-baru ini.
Beliau berkata, masyarakat India merupakan bangsa yang kaya dengan tradisi dan nilai-nilai murni, justeru menjaga keharmonian adalah tanggungjawab bersama.
''Kekuatan sebenar masyarakat terserlah apabila kita memilih untuk memahami, bersatu dan membina perpaduan, bukan berpecah atau saling menyalahkan antara satu sama lain.
''Saya menyeru agar setiap pandangan disampaikan dengan berhemah, di samping memperkukuhkan budaya saling membantu. Semua pihak harus bekerjasama dan memanfaatkan pelbagai peluang yang telah disediakan,'' katanya menerus satu kenyataan.
Dr Gunaraj berkata, di bawah Kerajaan MADANI, pelbagai inisiatif dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan pembangunan sosial telah diperkenalkan untuk memperkasa masyarakat.
Oleh itu, kata beliau yang juga Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat kepada Menteri Besar Selangor, menyebarkan maklumat, memastikan setiap keluarga mengetahui peluang yang ada, dan bekerjasama melaksanakan inisiatif tersebut merupakan tanggungjawab bersama.









Comments