top of page

Masyarakat India lebih teruk berbanding 2017: kaji semula Pelan Tindakan India Malaysia



Pelan Tindakan India Malaysia (MIB) yang dilancarkan oleh kerajaan BN pada 2017 lalu perlu dikaji semula kerana kedudukan ekonomi masyarakat India lebih buruk ketika pasca pandemik Covid 19.


Hal itu didedahkan oleh beberapa tokoh politik, NGO dan ahli akademik India yang merancang naratif pembangunan dan hala tuju kaum India Malaysia.


Menurut kenyataan Ahli Parlimen Klang Chales Santiago dan Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George, kaum India Malaysia didapati ketinggalan dari segi ekonomi semakin hari semakin teruk dna hal itu telah memberi kesan mendalam kepada isi rumah mereka.


"Pertumbuhan gaji median India adalah yang paling perlahan berbanding kaum lain, dengan 5.3% setahun dalam tempoh 2017-2019. Kadar pengangguran telah meningkat daripada 4.7% pada 2017 kepada 5.2% pada 2019.


"Pengurangan kemiskinan juga yang terendah dalam kalangan kaum India, dengan hanya pengurangan 0.7% daripada 5.5% pada 2016 kepada 4.8% tahun 2019," kata mereka.


Menurut kenyataan itu lagi, isi rumah kaum India bandar telah menggantikan kedudukan isi rumah Bumiputera untuk mencatat pendapatan isi rumah terendah di kawasan bandar, iaitu RM100 lebih rendah berbanding pendapatan isi rumah bandar Bumiputera.


Begitu juga ketaksamaan dalam kalangan orang kaya dan miskin India telah berkembang lebih luas dari tempoh MIB hingga sekarang, dengan jurang berkembang pada kadar 2.5% setahun. Kata kenyataan itu, 16% daripada isi rumah India Malaysia memperoleh pendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan dan hanya menyumbang 4.6% daripada jumlah bahagian pendapatan.


"Hanya 14.3% daripada masyarakat India terlibat dalam keusahawanan dan merupakan yang paling rendah antara semua kaum, dengan 91% daripada mereka adalah perniagaan mikro.


"Kekurangan sistem sokongan dan peluang untuk usahawan muda India menjadikannya lebih sukar bagi mereka untuk mengembangkan perniagaan.


"Angka-angka ini jelas menunjukkan inisiatif MIB tidak banyak membantu memartabatkan masyarakat India Malaysia. Keluarga B60 Malaysia lebih teruk selepas wabak dan banjir pada Disember 2021," kata mereka.


Justeru, hal itu cuba diperbaiki dalam sidang khas oleh kira-kira 100 pemimpin daripada 63 NGO masyarakat India pada 3 Julai lalu dan mengesyorkan cara Kerajaan Persekutuan serta negeri boleh campur tangan dalam menangani isu kaum berkenaan.


Mereka juga menyarankan MIB atau Pelan Tindakan Masyarakat India (PTMI) dikaji semula bagi menyesuaikan pelan perancangan dengan realiti ekonomi semasa.


"PTMI perlu dikaji semula dari segi strategi untuk meningkatkan taraf sosioekonomi kaum India. Satu unit khas yang dimodelkan daripada TERAJU harus dibentuk untuk menyediakan peluang perniagaan yang sama rata kepada kaum India Malaysia.


"PTMI juga harus menekankan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) mulai umur 13 tahun bagi pelajar India B60 yang berprestasi lemah dalam pelajaran. Memandangkan pemilikan rumah oleh keluarga B60 adalah kurang daripada 1.0%, peluang untuk meningkatkan peratusan ini kepada 10% perlu diberikan untuk PPR, Perumahan Transit Belia, skim sewa-milik dan Skim Rumah Pertama Saya untuk B60 India," kata kenyataan itu lagi.


Kenyataan itu juga menuntut skim pembiayaan mandiri yang dimodelkan selepas SINDA dengan pembiayaan permulaan sebanyak 100 juta harus diperkenalkan dalam Belanjawan 2023; menekankan pembiayaan penuh untuk sekolah Tamil di Malaysia; sebuah pusat sehenti dan jawatankuasa yang cekap, bertanggungjawab dan telus harus dibentuk untuk membolehkan manfaat dan peluang kritikal kepada masyarakat India juga satu rancangan konkrit oleh PTMI bersama-sama matlamat Sustainable Development Goals (SDG) mesti dirangka bagi meningkatkan pendapatan isi rumah kaum India


Justeru mereka menegaskan formula matlamat SDG mesti menjadi asas campur tangan kerajaan dan amat penting untuk memartabatkan masyarakat India.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page