Masalah tekanan air rendah di DUN Rim, dibaiki era PH



Masalah tekanan air rendah di kampung Sri Kersang, DUN Rim menjadi antara masalah utama yang akan cuba diselesaikan oleh calon Pakatan Harapan, B. Prasanth Kumar.


Menurut beliau yang turun meninjau masalah penduduk ke kampung Sri Kersang pagi tadi, melihat sendiri bekalan air yang dihantar oleh lori tangki ke rumah pam di kampung itu


Beliau turut menemuramah seorang penduduk mantan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung yang berkata tangki yang lebih besar hanya dibina pada era pentadbiran Adly Zahari sebagai Ketua Menteri biar pun masalah telah berlautan lama.


"Masalah air di kampung Seri Kersang ini telah berlarutan sejak 13 tahun lebih. Saya beritahu tangki air dah bertahun tak pernah berubah.


"Itulah saya menyeru orang kampung kalau kita undi BN, mereka kata kita selesa. Kali ini kita buat macam yang lepas, kita undi PH supaya mereka akan perbaiki sistem paip air di sini.


"Kadang-kadang lembaga air macam-macam alasan, tekanan rendah. Tak kan bertahun tekanan rendah tidak boleh diatasi.


"Wakil rakyat dah berapa orang, seolah-olah kampung ini terpinggir. Ini tempat yang paling hujung sekali dari Bertam, ini tempat paling tinggi dan terakhir dapat bekalan air," katanya.


Tambah beliau, selepas PH memerintah baharulah dibina tangki air yang boleh menampung bekalan untuk seluruh penduduk kampung dan mereka tidak lagi perlu menunggu lori tangki setiap kali bekalan terputus.


"Bila PH perintah dahulu barulah dibina tangki (dan rumah pam) yang tidak perlu lagi orang kampung tadah air di tepi jalan.


"YB Adly yang beri inisiatif, buat satu tangki yang betul-betul tak perlu orang kampung letak besen, tong, periuk di tepi jalan. PRN kali ini kita buat perubahan. Minta PH perintah kembali.


"Dijanji dahulu ada tangki yang lebih besar, tetapi kerajaan (pusat) telah jatuh maka tiada tindakan susulan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER