top of page

Masalah jalan, longkang selesai di DUN Rawang dalam 5 tahun



Masalah kerosakan jalan dan longkang di DUN Rawang, Selangor berjaya diselesaikan oleh Ahli Dewan Negeri, Chua Wei Kiat dalam tempoh 5 tahun beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat.


Hal itu dinyatakan beliau dalam sidang media berhampiran jalan Kuala Garing, Rawang tengah hari tadi.


Menurut beliau, peruntukan pembaikan jalan atau MARRIS pada tahun ini bagi DUN Rawang berjumlah RM5 juta dan dipecahkan kepada peruntukan untuk taman perumahan dan kawasan kampung di bawah Pembangunan Luar Bandar (PLB).


"MARRIS bagi tahun 2023 pertama di bawah Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan kedua di bawah Pejabat Tanah (PLB). Satu untuk kawasan taman perumahan dan satu kawasan kampung.


"Kalau ikut senarai jumlah keseluruhan anggaran peruntukkan RM5 juta. Jadi untuk MPS anggaran RM4.2 juta dan PLB RM650,000," katanya.


Selain masalah jalan, kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu, masalah banjir kilat juga telah berjaya ditangani.


Cuma, katanya terdapat projek jalan utama Kuala Garing di bawah Jabatan Kerja Raya yang masih dalam pembinaan dan masih terdapat kesesakan di sana.


"Dalam 5 tahun ini banyak isu telah selesai. Dulu kawasan Garing berlaku banjir kilat bila hujan. Pada 2022, MPS guna duit MARRIS untuk naik taraf kawasan sini. Sekarang tak berlaku banjir di kawasan ini


"Tahun ini sebahagian perutukan yang besar turut diberi di kawasan Garing iaitu RM950,000 untuk menurap jalan," katanya.


Wei Kiat turut memuji Kerajaan Negeri Selangor yang memberi peruntukan segera apabila diperlukan dan tidak menunggu musim pilihanraya untuk memperbaiki kemudahan rakyat.


"Kalau ikut kerajaan dulu mungkin dekat pilihanraya baru projek akan dilaksanakan. Tetapi Kerajaan Negeri (Pakatan Harapan) projek setiap tahun diberi peruntukkan yang besar bagi setiap DUN.


"Hari ini dah 5 tahun (usia kerajaan PH) kita dah nampak impaknya," kata beliau lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page