top of page

Masalah air Kedah: Mana janji Sanusi selesai 2023?



Oleh: Abdullah Zaid


Biarpun Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan untuk menoktahkan masalah air dalam janjinya menjelang Pilihan Raya Negeri (PTN) Ogos ini, namun rekod menunjukkan MB itu lemah dalam memantau projek pembinaan loji rawatan air (LRA) sebelum ini yang hanya siap 13% dalam tempoh 3 tahun.


Perkara itu diakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf yang menyifatkan kegagalan total pemimpin Pas dalam isu pengurusan air.

Datuk Zamri Yusuf

"Sanusi bukan sahaja gagal memulakan sebarang projek baru sejak ambil alih kuasa pada Mei 2020, tetapi gagal untuk buat susulan memantau projek-projek sedia ada dalam negeri.


"Contohnya 5 loji rawatan air (LRA) yang telah dibuka Tender Terbuka pada Januari 2020, hanya mampu capai 13% (progres). Kelewatan dan lanjutan masa adalah kerana kelemahan kerajaan untuk pastikan kelancaran pembinaan.


"Baki 87% memerlukan tempoh yang lebih panjang jika Sanusi kekal sebagai Menteri Besar dalam PRN ini," katanya ketika dihubungi.


Justeru, Zamri yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah menggesa pengundi di negeri Jelapang Padi untuk memilih gabungan Kerajaan Perpaduan dalam PRN nanti bagi melancarkan proses menyiapkan projek LRA tersebut.



Sebelum ini, Sanusi dipetik Berita Harian bertarikh 17 Jun 2020 memberi jaminan akan menyelesaikan projek air Kedah melalui bantuan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bernilai RM900 juta.


Katanya, gangguan bekalan air bakal diatasi susulan pembinaan empat Loji Rawatan Air (LRA) baharu di Jenun Baru, Sungai Limau, Bukit Selambau dan Lubuk Buntar Lama yang dijangka siap dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun.


"Ketika ini semua projek terbabit dalam proses penyelesaian tender yang telah diputuskan kerajaan negeri sebelum ini dan kontraktor yang terpilih akan dilantik segera.


"Kita juga sudah berbincang bersama Kerajaan Persekutuan dan membawa khabar gembira, saya rasa paling lambat tahun 2023 kita akan ada infrastruktur air lebih baik dan dapat selesaikan masalah air yang berlarutan sejak berpuluh tahun lamanya," kata Sanusi dipetik.


Bagaimanapun, sehingga pertengahan tahun 2023 masalah air jauh daripada selesai dan masih menghantui penduduk di kebanyakan kawasan di Kedah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page