top of page

Masa meningkatkan permainan sains, kejuruteraan kalangan pelajar

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 14, 2023
  • 1 min read


Pelajar peringkat pra sekolah perlu diperkenalkan sejak dari awal kepada permainan berunsur Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik atau STEM.


Hal itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung ketika lawatannya ke Program Bengkel dan Robotik Pelajar B40 di KAFA Integrasi Kg Pinang Tunggal, Petaling Jaya hari ini.


"Saya sangat percaya kuasa pendidikan STEM dalam mengubah kehidupan anak-anak kita, masyarakat dan negara.


"Selaras dengan visi ini, saya telah bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menganjurkan beberapa siri bengkel robotik yang direka khusus untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.


"Saya berbesar hati untuk memaklumkan kepada anda bahawa bengkel robotik ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anak-anak kita dalam komuniti PJ.


"Mereka telah menunjukkan minat dan semangat yang tinggi dalam menerokai dunia robotik, belajar tentang teknologi, dan membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kanak kanak perlu diedahkan dengan permainan STEM

Bagi lebih menjayakan program tersebut, Chean Chung menggesa syarikat teknologi untuk mempertimbangkan menyokong kempen berkenaan dengan membenarkan pelajar melawat ibu pejabat mereka supaya pelajar boleh didedahkan dengan budaya kerja korporat yang menarik serta potensi STEM


Juga, katanya, pihak swasta boleh menyokong melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan memberi peralatan yang sesuai untuk pelajar.


"Sokongan anda akan memberi peluang kepada kanak-kanak yang layak menyertai bengkel ini, membuka pintu kepada mereka untuk mengembangkan minat terhadap bidang STEM, dan memperoleh kemahiran berharga yang boleh memberi manfaat kepada mereka pada masa hadapan," katanya lagi.


Sehubungan itu, Chean Chung berkata, syarikat yang berminat bolehlah menghubungi pejabat beliau di talian 012-7230883 untuk menyatakan sumbangan bentuk apakah yang boleh diberikan.




Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page