top of page

Masa Hadapan Malaysia Terlalu Berharga Untuk Disia siakan



Oleh: Andre Lai


ULASAN: Semenjak terbentuknya Kerajaan Perpaduan, pelbagai usaha cuba dilakukan oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani.


Hampir setiap hari ada sahaja khabar angin kononnya kerajaan tidak stabil dan akan tumbang. Tohmahan dan propaganda berterusan dilontar untuk menundukkan martabat Kerajaan Madani. Mereka mungkin terlupa bahawa kerajaan yang dibentuk hari ini, adalah melalui satu konsultasi yang dipersetujui oleh KDYMM Yang Di Pertuan Agong.


Titah baginda YDPA telah memberi restu kepada kerajaan campuran ini supaya kestabilan negara dapat dicapai. Secara tidak langsung, ia sepatutnya menghentikan sebarang cubaan rampasan kuasa ala-Langkah Sheraton. Malah baru-baru ini, Sultan Johor turut mengulangi titah agar rakyat, ekonomi, kesejahteraan dan kemakmuran negara seharusnya diutamakan.


Gelombang hijau menyusut


Saban hari, gelombang hijau telah kehilangan pengaruhnya berbanding 6 bulan lepas. Taktik menggunakan isu bangsa dan agama tidak lagi mendatangkan hasil, bahkan membuka mata rakyat Malaysia bahawa betapa jijiknya ahli politik pembangkang yang cuba menggugat ketenteraman awam.

Andre Lai

Kemaruk mereka yang mendahagakan kuasa telah mencapai tahap dewa. Amat menakjubkan apabila presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sanggup tunduk untuk bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir dalam platform Proklamasi Orang Melayu baru-baru ini. Cukup terbukti mereka ketandusan visi dan kegagalan pengurusan dalam Kerajaan Prihatin dan Kerajaan Keluarga Malaysia. Pembangkang akhirnya menunjukkan mereka boleh melakukan apa sahaja demi mendapat semula kuasa ‘by hook or by crook’.


Taktik desakan mereka mengejutkan. Terutama pada 1 Mei lalu satu demonstrasi awam telah diadakan di Kuala Lumpur. Tiba-tiba, angka 126 dan belon kuning menjadi sebutan yang ‘trending’ di alam maya. Namun, kesan Kuning 1 Mei, tidak lagi mempunyai makna yang sama seperti kuning Bersih 10 tahun lalu. Rakyat Malaysia telah matang dalam pemahaman politik. Gelombang Kuning hingga 2018 telah bangkit menjinakkan sebuah regim ‘too big to fall’ sehinggalah Langkah Sheraton mencabuli hak rakyat Malaysia sekali lagi.


Bendung politik jijik


Sekiranya tidak dibendung, rakyat akan menjadi mangsa pergolakan politik jijik seperti dijelaskan oleh Azman Abidin, Setiausaha Politik Perdana Menteri dalam satu kenyataan media pada 4 Mei lalu. Beliau dipetik, “Negara akan menjadi kucar-kacir, ekonomi negara akan musnah, kepercayaan pelabur tiada lagi, matawang negara akan jatuh, pasaran saham merudum dan semangat bekerja kakitangan awam akan hilang kerana hala tuju pentadbiran negara yang tidak menentu.”


Ini adalah satu amaran dan boleh dibayangkan nasib Malaysia sekiranya anasir-anasir jahat ahli-ahli politik oportunis ini dibenarkan berleluasa. Apatah lagi Pilihan Raya Negeri di 6 negari dan ura-ura 15 Ahli Parlimen yang mungkin meletak jawatan menjadi platform pembangkang membarakan api propaganda hasad dengki.


Janganlah kita menyesal di masa hadapan dan melihat ke belakang, “apa yang berlaku hari ini, disebabkan sesuatu keputusan yang dibuat pada masa lalu”. Mereka merupakan ahli parlimen yang sepatutnya fokus dalam tanggungjawab sebagai wakil rakyat; turun padang tunaikan janji pilihanraya, bukannya terus berebut kuasa.


Ingat akar umbi memerhati dalam kesepian.


_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju dan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page