'Masa bertempur dulu tak dengar isu nepotisme' - Anwar
- Suara Keadilan
- 30 minutes ago
- 1 min read

Isu nepotisme yang dimainkan dalam Pemilihan KEADILAN 2025 berhubung pencalonan Nurul Izzah Anwar disentuh oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, isu tersebut dibincang hangat di media sosial pada waktu ini tidak pernah kedengaran ketika parti KEADILAN pada peringkat awal bertempur melawan rejim Mahathir pada 1998 lalu.
"Orang bangkit ini, isteri, anak. Masa kita bertempur dulu mana ada kongres, mana ada perbincangan panjang.
"Siapa nak pegang obor (perjuangan). Jadi saya serah begitu sahaja (kepada Wan Azizah). Saya masuk penjara. Dana, jentera tak ada. Masa itu tidak timbul keluarga dan nepotisme.
"Tanya yang lama lama... masa itu (isunya) siapa yang boleh pegang obor sementara. Saya tidak tahu (rupanya) sementara itu lama. Bertahun tahun.
"Begitu juga Izzah terpaksa tinggakan universiti, ke hulu ke hilir, masa itu saya tidak dengar (isu) nepotisme," katanya.
Bagaimanapun, tegas Anwar, kemenangan anaknya sebagai Timbalan Presiden pada Pemilihan 2025 bukan ditentukan oleh beliau.
Izzah, katanya, dipilih dalam sistem pengundian yang telus oleh perwakilan.
"Tetapi akhirnya ujian, Azizah saya pilih. Masa itu saya harus ambil keputusan segera tetapi Nurul Izzah, saudara saudari pilih. Jadi saya ingat teruskan kerja, tiada jaminan. Sesiapa pun akan dinilai dari segi kerja," katanya.
Anwar pula yang umur hampir 80 tahun, katanya, akan terus berusaha melakukan yang terbaik untuk negara selagi diizinkan Tuhan dan diberi kesihatan yang baik.
"Kita hanya ikhtiar, saya hanya di sini sementara, kesihatan mengizinkan, kudrat mengizinkan. Saudara pegang dan pikul tanggungjawab.
"Orang lihat kelajuan jalan saya, itu kekuatan saya tetapi dalaman saya tak tahu.
"Selagi tuhan beri kekuatan insyaAllah, membujur lalu melintang patah, lawan tetap lawan," katanya dan bergema disambut oleh perwakilan sebagai penutup ucapan penangguhan presiden bagi Kongres KEADILAN 2024/2025 di Johor Bahru.