top of page

Mantan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail meninggal dunia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 3, 2023
  • 1 min read

ree

Bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail meninggal dunia akibat kanser di Hospital Segamat pada Khamis.


Allahyarhamah yang juga Ahli Majlis Pimpinan Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berusia 73 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 malam.


Berita kematian disahkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam catatan X.

"Beliau seorang yang baik, tertib dan sentiasa gigih perjuangkan nasib rakyat," kata Fahmi yang juga Ketua Penerangan KEADILAN.


Pada 2021, Natrah mendakwa ditawarkan untuk melompat parti bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin. Tetapi beliau menolak.


Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor, Mohamad Taufiq Ismail menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai satu kehilangan besar khususnya bagi parti berkenaan.


"AMK Johor menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarhamah Natrah Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Kak Natrah’.


"Satu pemergian dan kehilangan besar khususnya bagi keluarga besar KEADILAN.


"Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah," tulisnya dalam Facebook.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page