Mansuhkan Seksyen 14 dan 15 Ordinan Darurat 2021



Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menggesa supaya memansuhkan Seksyen 14 dan 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.


Beliau berkata, gesaan itu dibuat selari dengan surat yang ditulis oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said kepada Peguam Negara.


Bagaimanapun, William berpendapat memansuhkan seksyen tertentu lebih berkesan berbanding cadangan Azalina yang mahu Kabinet digantikan oleh Kabinet Darurat Khas dan menubuhkan Jawatankuasa Parlimen Khas Bipartisan Mengandungi Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang.


"Walaupun saya bersetuju dengan Timbalan Yang di-Pertua bahawa ia adalah sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan agar eksekutif bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen, saya berpendapat daripada menubuhkan Kabinet Darurat Khas dan Jawatankuasa Parlimen Khas Bipartisan, lebih baik guna pendekatan memansuhkan Seksyen 14 dan 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.


"Kedua-dua seksyen ini menghapuskan kebertanggungjawaban Eksekutif kepada Parlimen dengan menangguhkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri semasa tempoh darurat," katanya.


William berpandangan, adalah tidak rasional dan tidak masuk akal untuk menggantung Parlimen dan Dewan Negara semasa pandemik Covid-19.


"Tidak ada negara lain yang terkena wabak Covid-19 yang telah menggantung Parlimennya. Tidak ada alasan yang kukuh untuk penangguhan atau penghapusan hak dan institusi demokrasi untuk menangani wabak tersebut.


"Pandemik Covid-19 tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri menjalankan tanggungjawab perlembagaan mereka dan memegang jawatan Eksekutif untuk kepentingan umum," katanya.


Justeru, William meminta Perdana Menteri dan Kabinet untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memansuhkan Seksyen 14 dan 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) agar tidak menggagalkan operasi asas demokrasi perlembagaan negara.


"Menggunakan darurat kesihatan awam Ini adalah tanda utama pemerintahan diktator. Untuk membenarkan penggantungan kawalan pemerintahan demokratik bukanlah tindak balas pemerintahan demokratik," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER