Manipulasi isu Palestin: Tangkapan polis wajar - Syam Ghaz
- Suara Keadilan
- Nov 5, 2023
- 1 min read

Ancaman, ugutan dan manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab menghina serta mengelirukan penganjuran Minggu Solidariti Palestin oleh Kementerian Pendidikan (KPM) wajar ditangani secara tangkapan dan dilakukan siasatan.
Menurut Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Hisyamuddin Ghazali, perbuatan memanaskan isu Palestin secara memburuk burukkan menteri kerajaan atau memberi ancaman tidak sepatutnya berlaku, dalam situasi Malaysia memerlukan kesatuan umat Islam dalam menentang peperangan Israel ke atas penduduk Gaza, Palestin.
Apatah lagi, katanya, menggunakan ungkapan “Darah halal dibunuh” terhadap Menteri sebagaimana yang tertera di akaun media sosial pihak yang sengaja melakukan provokasi.
"“Darah halal dibunuh” - akhirnya dah kena kutip dengan PDRM. Tahniah
"Ramai terpengaruh isu yang dimanipulasi oleh pembangkang, YDP PIBG, pendakwah bebas sehingga berjaya bentuk pemikiran “halal dibunuh” walaupun sesama muslim di Malaysia," katanya di Facebook.
Beliau berharap tindakan tegas akan terus diambil oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap semua pihak yang sengaja mengelirukan pendirian kerajaan Malaysia dalam isu Palestin.
Tidak mengira jawatan ahli politik pembangkang, Yang Dipertua PIBG atau pendakwah bebas yang kebelakangan ini kerap memainkan naratif memusuhi kerajaan dalam isu Palestin demi menambah pengikut di media sosial.
Comments