top of page

Manifesto PH DUN Gurun: Perkasa agenda anak muda - Firdaus

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 3, 2023
2 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Jika calon Perikatan Nasional Kedah, bintang sukan terkenal terbelit isu tiada manifesto atau undi dahulu sebelum umum manifesto, calon Pakatan Harapan (PH) untuk DUN Gurun, Mohammed Firdaus Johari telah mempunyai manifesto lengkap bagi pengundi di kawasan tersebut.


Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Kedah itu memilih untuk memperkasakan agenda anak muda sebagai salah satu manifestonya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.


Katanya, manifesto tersebut menyentuh pembabitan para belia dalam program TVET yang menjanjikan masa depan lebih cerah buat mereka.


"Setelah hampir 8 tahun melakukan kerja-kerja lapangan, kita lihat anak muda sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan.


"Oleh itu, galakkan golongan belia menyertai TVET MADANI Vokasional untuk memberi peluang kepada mereka mendapatkan elaun dan sijil.


"Di samping itu, mereka juga akan dipimpin untuk menyertai My Future Job di bawah PERKESO yang menjanjikan 4 ribu peluang pekerjaan buat anak muda," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Firdaus sering berada di pentas anak muda dan memaklumi keresahan mereka

Firdaus yang juga Pengerusi PH parlimen Jerai turut menekan aspek sukan dalam manifestonya.


Katanya, isu-isu yang melibatkan infrastuktur dan kemudahan sukan di daerah Kuala Muda wajar diberi perhatian untuk diselesaikan segera sama ada dinaiktaraf atau diperbaiki.


"Rata-rata anak muda di DUN Gurun gemar bersukan tetapi kemudahan yang daif perlu dibaiki segera agar mereka lebih selesa dan selamat untuk membuat sebarang aktiviti," ujar Firdaus.


Justeru itu, berbekalkan pengalaman hampir 8 tahun melakukan khidmat lapangan, calon muda itu berharap pengundi di DUN Gurun membuat pilihan yang terbaik dalam PRN kali ini.


"Hasil pengalaman 60 bulan, saya dikenali kebanyakkan masyarakat dengan khidmat yang dilakukan tanpa mengira warna parti.


"Dalam tempoh 2 minggu ini sahaja kita berbincang soal politik (PRN), dan kemudian kita akan sambung semula khidmat kepada rakyat," jelasnya lagi.


Untuk rekod, Mohammed Firdaus Johari bakal berdepan dengan calon muda yang juga bekas pemain bola kebangsaan Baddrol Bakhtiar (PN) di DUN Gurun.


Firdaus akan meneruskan khidmat bakti bapanya, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang menjadi wakil rakyat di Gurun sejak Pilihan Raya Umum 2018 lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page