top of page

Manifesto 8 perkara makmurkan DUN Pemanis



Calon KEADILAN DUN Pemanis, Yoong Tau, berjanji akan berusaha memenuhi manifesto 8 perkara yang beliau bentangkan kepada pengundi untuk memperbaiki dan memakmurkan DUN berkenaan.


Menurut anak jati Segamat itu, beliau akan sentiasa bersama pengundi dan memantau perkembangan hal hal yang ditawarkan sekiranya diberi mandat esok.


"Jika saya diberi mandat. Saya bawakan 8 perkara. Antaranya menceriakan bandar Segamat dan jadikan Segamat satu destinasi pelancongan," katanya.


Antara manifesto itu ialah Membantu membangunkan perusahaan kecil dan sederhana. Menambah peluang kerja agar anak anak muda kembali menyumbang pembangunan tempatan. Menubuhkan pasukan kebajikan DUN Pemanis, khususnya untuk golongan M40. Menaik taraf sistem perparitan untuk mengatasi isu banjir di Segamat. Menggunakan peruntukan secara terbuka. Mendorong pembinaan rumah mampu milik. Mempertahankan hak peneroka dan rumah generasi kedua mereka.


Menurut Yoong Tau lagi, sebelum ini pun sebagai Ketua Cabang KEADILAN beliau telah banyak membantu masyarakat setempat, terutama ketika PKP akibat wabak Covid 19 baru baru ini.


"Sekarang Covid 19 meningkat. Masa KPK lalu kita membantu memberi bakul makanan," katanya.


Beliau turut berjanji akan bertindak segera terhadap aduan rakyat dan tidak seperti sesetengah wakil rakyat yang sukar ditemui atau dihubungi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page