top of page

Mangsa banjir bertambah: NADMA aktifkan pusat kawalan operasi bencana



Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana Pusat (PKOB) bagi menyelaras dan memantau operasi menyelamat dan pengurusan banjir susulan kenaikan mendadak mangsa di negeri-negeri terjejas terutamanya Kelantan.


NADMA dalam kenyataan berkata pengaktifan PKOB melibatkan penempatan aset-aset di pusat pemindahan sementara (PPS), tambahan bekalan makanan dan menggerakkan pasukan khas mencari dan menyelamat.


"Berdasarkan arahan NADMA No. 1, PKOB Pusat diaktifkan bertujuan untuk menyelaras semua PKOB negeri yang sedang mengurus bencana banjir termasuklah aset-aset dan keperluan logistik, mengatur gerak pasukan penyelamat serta lain-lain keperluan yang merentas negeri masing-masing.


"Memandangkan jumlah mangsa telah meningkat secara mendadak di Kelantan, pihak PKOB negeri telah memohon khemah tambahan Collapsible Tenat (C-Tent)," kata kenyataan itu hari ini.


Kenyataan itu berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah memohon tambahan makanan retort sebanyak 50,000 unit untuk diagihkan di PPS.


"Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) juga telah digerakkan ke kawasan yang terlibat bagi membantu operasi mencari dan menyelamat di negeri-negeri yang terjejas terutamanya Kelantan," ujarnya.


Ketika ini Kelantan dan Terengganu berhadapan dengan situasi banjir yang buruk dan menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), hujan sangat lebat berterusan (bahaya) sehingga esok berkemungkinan boleh menyebabkan banjir yang lebih besar.


Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) NADMA pada jam 6.00 pagi, 29 November 2024, jumlah mangsa yang ditempatkan akibat banjir di seluruh negeri adalah seramai 80,589 orang dari 24,647 keluarga. Ia meningkat berbanding 71,877 mangsa pada jam 12.00 tengah malam.


Terdapat 27 daerah yang terkesan dan sebanyak 467 buah PPS diaktifkan di tujuh negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor. Empat kematian telah direkodkan di Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page