top of page

Banjir Baling: Penduduk salahkan Kerajaan Negeri gagal henti projek tanam musang king



Penanaman durian spesis musang king di Gunung Inas, Baling dipersalahkan oleh penduduk Kupang sebagai punca banjir besar yang melanda daerah berkenaan.


Tular satu video pendek berdurasi 1:28 minit di internet memperlihatkan penduduk yang menyaksikan banjir kelmarin berteriak menyalahkan Kerajaan Negeri kerana tidak bertindak tegas menghentikan projek musang king di hutan Gunung Inas.


"Punca (banjir) Musang King. Hancur habis. Ni puak puak menteri, habis rakyat susah," kata seorang penduduk dan disambut teriakan dari penduduk lain yang menyalahkan Kerajaan Negeri.


Dalam video itu mereka juga berkata telah menentang projek penanaman durian berkenaan sejak bertahun lalu namun keadaan tidak banyak berubah.


"Kami ni penduduk kampung dok tentang ni dia (projek penanaman). Nyawa pun melayang habis.


"Rumah Pak Ngah (salah seorang mangsa) hilang. Allahuakhbar. Habis," teriak penduduk lagi.


Banjir besar kelmarin telah mengorbankan 3 nyawa.


Kerajaan Pas Kedah melalui Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini berkata telah mengarahkan projek penanaman durian di Gunung Inas dihentikan pada Julai 2020.


Namun tidak ada perkembangan lanjut selepas itu sama ada kawasan yang telah dibersihkan ditanam tumbuhan tutup bumi atau sebaliknya.


Sebelum ini Jabatan Perhutanan Kedah dipetik berkata, pembersihan hutan adalah untuk projek ladang hutan dan spesis durian hanya dibenarkan dalam keluasan 20% daripada keseluruhan kawasan.


Pada tahun 2020 terdapat NGO alam sekitar mendakwa penanaman musang king telah pun meliputi tanah seluas 2,000 ekar.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page